Ubah !
Pada
pendapat saya, perubahan yang ketara
Rakyat Malaysia perlu adalah sikap diri mereka sendiri.
Setiap perubahan bermula dari
diri orang itu sendiri.
Kalau
ubah kerajaan pun, sekiranya tahap pemikiran dan sikap negatif berada ditakuk
yang lama, apa gunanya.
Sebagai
wanita, apa peranan anda? Sebagai lelaki, apa peranan anda?
Sebagai
isteri, apa peranan anda? Sebagai suami, apa peranan anda?
Sebagai
anak, apa peranan anda?
Sebagai
ibu, apa peranan anda? Sebagai ayah, apa peranan anda?
Sebagai
majikan apa peranan anda? Sebagai pekerja apa peranan anda?
Sebagai
pemerintah apa peranan anda? Sebagai rakyat apa peranan anda?
Saya
percaya semua orang mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk memastikan
institusi kekeluargaan, masyarakat majmuk senantiasa hidup dalam keamanan.
Sikap
bertanggungjawab dan prinsip hidup dengan pegangan agama menjauhkan diri kita
dari melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Tolak
ansur merupakan senjata ajaib dalam menentukan kejayaan hidup masyarakat
majmuk di Malaysia.
Jadi
ubahlah diri kita menjadi lebih baik, sebagai ibu, bapa, anak, majikan, pekerja,
pemerintah dan rakyat.
Saya hairan bila orang yang selalu melaungkan kata-kata 'ubah' namun bersikap buruk, malas, penuh hasad dengki, terima rasuah dan seribu satu perbuatan yang ketara perlu diubah.
Syukur
atas segalanya !
No comments:
Post a Comment