Rambut itu mahkota wanita. Kalau begitu tentunya kita perlu menjaga rambut kita sebaik mungkin.
Rambut kusut, kusam tidak bermaya? Hilang sinar dan
keseriannya. Atau rambut mudah putus,
terbelah pangkalnya atau kering? Kalau
anda mengalami situasi sebegini, usah bimbang.
Produk ini dapat membantu anda mengatasinya.
Bila umur meningkat dan kekerapan penggunaan
pewarna rambut untuk menghitamkan rambut yang mula beruban, keadaan rambut
menjadi bertambah kering. Apalagi
berambut panjang. Saya tercari-cari dipasaran minyak/esen rambut yang dapat
digunakan untuk mengatasi masalah ini.
Masalah saya adalah kebanyakan minyak rambut di
pasaran adalah terlalu berminyak. Ada
yang baunya kurang disenangi oleh saya.
Polimer silikonnya dengan segera membaiki kerosakan rambut. Penggunaan yang sedikit sahaja dapat menjadikan rambut sihat dan lembut berseri. |
Dalam pencarian saya, saya menemui suatu produk
kecantikan rambut Deoproce Hair Essence (100ml) yang berasal dari Negara Korea DEOPROCE.
Produk ini didapati dari syarikat hishop
iaitu syarikat dalam talian yang menjual pelbagai rangkaian barangan solek,
penjagaan kulit, rambut, mandian, pewangi, makanan kesihatan dan barangan kecantikan.
Deoproce Hair
Essence (100ml) di jual dengan harga RM39.90 di hishop - deoproce hair essence. Ditambah belanja pos laju
sebanyak RM10.00. Saya membuat pesanan
dalam talian pada 22 Jun 2013 dan barangan sampai pada 25 Jun 2013. Selain dari barangan yang dipesan, saya juga
diberikan sampel percuma 2 produk pilihan saya. Terdapat juga kupon voucher diskaun untuk pembelian produk lain.
Bungkusan Pos Laju Dari Hishop |
Bungkusan hishop amatlah menarik dengan warna merah jambu. Ianya amat sesuai untuk dijadikan hadiah buat teman, sanak saudara. Pasti mereka akan menyukainya. Pilih sahaja rangkaian produk yang ditawarkan di hishop. Kejutan buat yang tersayang.
Kotak Hadiah Merah Jambu Hishop |
Sebaik menerima
produk itu, saya mula memakainya. Saya
sukakan baunya. Dan perkara pertama yang
saya perhati adalah ianya tidak begitu berminyak. Pertama kali mengenakannya, rambut terasa
lembut dan berkilat. Rambut saya juga
mudah dibentuk. Saya amat berpuas hati
melihat hasilnya. Saya teruja melihat
perbezaannya walaupun baru beberapa hari menggunakannya.
Serba sedikit mengenai hishop :
HiShop [ sebutan sebagai hai-shop ] adalah stor rangkaian
kecantikan dan kosmetik dalam talian di Malaysia, yang hanya memasarkan barangan asli,
percaya bahawa kecantikan sepatutnya dapat dimanafaat oleh semua orang – bila-bila
masa dimana sahaja.
Terima kasih daun keladi Lain Kali Beli Lagi !! |
** Saya tidak perlu keluar untuk membeli belah dan terpaksa menghadapi kesesakan yang memeningkan. Menjimatkan masa saya, itu yang pasti.
Nota : Untuk pesanan lebih dari RM50, belanja kourier adalah percuma ! Saya baru ketahui dari anak perempuan saya.
12.08.2013 - Saudara saya mencuba dan menyukainya, lantas menyuruh saya membuat pesanan baginya. Semalam saya sudah membuat pesanan di Hishop.
No comments:
Post a Comment