Mati Itu Pasti..
Rakyat Malaysia
khususnya rakyat Pulau Pinang dikejutkan dengan tragedi demi tragedi. 2 kejadian selang seminggu.
Khamis
lalu 6hb Jun, kita dikejutkan dengan berita keruntuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung.
Pembinaan yang hampir siap dicemari dengan kemalangan yang menyebabkan 1
kematian dan 2 pekerja yang tercedera.
Runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang |
Semalam
juga hari Khamis, kita pula dikejutkan dengan berita mengenai keruntuhan serpihan
konkrit penebat kilat dari Bangunan Umno di Jalan Macalister.
Runtuhan Konkrit Penebat Kilat menyebabkan jalan mengalami kerosakan teruk |
Waktu
itu, hati saya berdebar-debar. Saya
berdoa semoga tiada kemalangan maut kali ini atau kecederaan teruk yang
berlaku. Maklum sahaja jalan di situ
sentiasa sibuk dan banyak bangunan serta kedai makan disekitarnya.
Orang-orang
yang ditimpa musibah ini, kalau lelaki mungkin seorang anak, adik, abang, bapa,
bapa saudara atau datuk kepada seseorang.
Kalau perempuan, dia mungkin anak, adik, kakak, emak, emak saudara atau
nenek kepada seseorang. Dia mungkin
seseorang yang kita kasihi atau kenali.
Hati saya
hiba mengenangkan nasib mereka yang di timpa malapetaka itu. Saya tidak mengenali mereka, saya tidak tahu
bangsa mereka, saya tidak tahu agama mereka.
Tetapi saya tahu mereka adalah manusia yang mempunyai sanak saudara dan
teman. Waktu itu, saya doakan agar
mereka yang terlibat selamat.
Kita
sedia maklum sekarang, kedua-dua mangsa beragama Islam. Al Fatihah kita sedekahkan untuk mereka. Bagi mereka yang tercedera, sama-sama kita
berdoa agar mereka beransur pulih untuk menjalani kehidupan masing-masing.
Jenazah Mangsa Tertimbus Disemadikan di Bukit Merah,
Perak http://mstar.com.my
Jenazah Mangsa Insiden Runtuhan Penebat Kilat
Selamat Dikebumikan http://mstar.com.my
Begitulah
kehidupan. Ajal itu sesuatu yang pasti.
Hidup
yang sesingkat ini, biarlah kita lakukan amalan yang baik. Biarlah kita jalani kehidupan sebaik
mungkin. Agar bila kita mati, kita akan
dikenang dengan segala kebaikan yang kita lakukan.
Lafazkan
cinta pada orang yang anda kasihi.
Ucapkan syukur, setiap saat kita masih bernafas.
Kerana
kita tidak tahu, mungkin langkah kita keluar dari rumah merupakan saat terakhir
kita bersama orang-orang yang kita sayangi.
Hargailah mereka ketika mereka masih hidup kerana tiada gunanya menangis
menyesal sesudah seseorang itu tiada.
_________________________________________________________________________________
Pagi Jumaat, 14.06.2013, boss saya bila terdengar berita mengenai kejadian ini, terus bergegas ke lokasi kejadian tersebut. Sebagai seorang Jurutera Bertauliah, dia ingin melihat dengan lebih dekat situasi sebenar dari mendengarnya melalui lapuran media.
Sepulangnya dari tempat kejadian, kami melihat gambar yang diambil di tapak.
Melihat betapa besarnya konkrit yang runtuh bersama penebat kilat itu, saya berkata kalaulah ada terkena langsung pada kereta, tidak dapat dibayangkan. Tentunya impak kuat, termampat dan terbenam ke dalam tanah. Bayangkan konkit yang bertan beratnya, ditambah ketinggian tempat jatuhnya. Heran juga kata kami, tidak ada yang terkena runtuhan itu secara langsung sebab jalan di situ agak sibuk dan runtuhan konkrit adalah besar dan sudah tentu bahagian jalan yang terkena juga besar. Apalagi dengan penebat kilat yang panjang. Nasib baik kata kami.
Namun, lapuran hari Sabtu 15 Jun, membenarkan sangkaan kami. Sebak dada membaca berita. Entah kenapa airmata ini bergenang. Korekan di jalan yang pecah mendapati adanya bahagian kereta. Ianya menyamai kereta yang dipandu oleh seorang lelaki Cina yang dilapurkan hilang oleh isterinya. Sehingga kini mayat tidak dijumpai. Sebak mengingatkan ada yang kehilangan, anak/adik/abang/ayah/suami.
Terkini operasi menggali telah ditamatkan kerana bimbang struktur bangunan berhampiran akan terjejas oleh pengorekan yang intensif.
Penebat Kilat Runtuh: Polis Adakan Inkues Untuk Sahkan Kematian http://mstar.com.my
_________________________________________________________________________________
Pagi Jumaat, 14.06.2013, boss saya bila terdengar berita mengenai kejadian ini, terus bergegas ke lokasi kejadian tersebut. Sebagai seorang Jurutera Bertauliah, dia ingin melihat dengan lebih dekat situasi sebenar dari mendengarnya melalui lapuran media.
Sepulangnya dari tempat kejadian, kami melihat gambar yang diambil di tapak.
Melihat betapa besarnya konkrit yang runtuh bersama penebat kilat itu, saya berkata kalaulah ada terkena langsung pada kereta, tidak dapat dibayangkan. Tentunya impak kuat, termampat dan terbenam ke dalam tanah. Bayangkan konkit yang bertan beratnya, ditambah ketinggian tempat jatuhnya. Heran juga kata kami, tidak ada yang terkena runtuhan itu secara langsung sebab jalan di situ agak sibuk dan runtuhan konkrit adalah besar dan sudah tentu bahagian jalan yang terkena juga besar. Apalagi dengan penebat kilat yang panjang. Nasib baik kata kami.
Runtuhan Konkrit Di Tapak Kejadian |
Penebat Kilat yang turut jatuh dari Bangunan Umno , Jalan Macalister |
Terkini operasi menggali telah ditamatkan kerana bimbang struktur bangunan berhampiran akan terjejas oleh pengorekan yang intensif.
Penebat Kilat Runtuh: Polis Adakan Inkues Untuk Sahkan Kematian http://mstar.com.my
Mensyukuri Kehidupan Ini ! |
No comments:
Post a Comment