Sunday, November 21, 2010

Musim Kahwin

Tiba cuti sekolah merupakan bermulanya musim kahwin. Banyak kad undangan majlis kahwin yang diterima.

Baru tadi menghadiri majlis persandingan anak lelaki kawan sekampung yang kahwin selang beberapa hari dari saya dahulu. Anaknya seusia dengan anak saya yang sulung. Hmm.. orang dah terima menantu.

Menghadiri majlis perkahwinan juga seronok kerana kami dapat berjumpa dengan sahabat handai dan saudara mara dari kampung dulu ( Batu Gantong, Pulau Pinang - Race Course )

Melihat anak-anak sahabat yang kian dewasa, mengingatkan diri begitu pantas masa berlalu, usia semakin meningkat.

Melihat wajah raja sehari yang begitu gembira, membayangkan hasrat murni mereka untuk hidup bersama sehingga ke akhir hayat. Juga mengingatkan saya tentang fantasi saya waktu remaja dahulu.

Buat pasangan yang baru melangkah ke alam perkahwinan, sentiasa bertoleransi dan menjadikan hidup bersama suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Pada anda yang akan menaiki jinjang pelamin tahun ini, saya ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, semoga berkekalan ke akhir hayat. Amin

2 comments:

Ken Wooi said...

holiday season untuk kahwin :)

NurzJ said...

Yup, u're correct. :)