Semalam saya sekeluarga mengambil keputusan untuk beraya di rumah saudara di Ipoh, Perak.
Bayangkan perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh mengambil masa hampir 5 jam. Lebuhraya Utara Selatan penuh sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu untuk balik kampung sempana hari Raya Aidil Adha. Dalam keadaan biasa tempoh masa selama 5 jam, dah sampai KL.
Dengar kata Plus Expressway Berhad terpaksa menutup jalan untuk kerja-kerja penyelengaraan.
Hmm, banyak kereta yang berhenti disebabkan kehabisan minyak, kereta rosak dan pelbagai hal. Semua orang tertanya apa sebenarnya yang berlaku.
Faham-faham je lah kereta bergerak terlalu perlahan, agaknya jalan kaki pun lebih cepat.
Kami ketawa terbahak-bahak dalam kereta melihat gelagat manusia yang berhenti tepi. Ada yang tidak dapat menahan sakit perut agaknya, mencari tempat sesuai untuk melegakan perut. Disini juga kita dapat melihat semangat 1 Malaysia dimana orang dari pelbagai kaum berbual sambil menunggu. Cuma selepas terowong ke Ipoh je, lalu lintas menjadi lancar semula.
Masa tu, saya bayangkan kalau kemalangan besar terjadi yang melibatkan lori yang membawa bahan mudah terbakar di terowong penuh sesak, apakah Plus Expressway Berhad atau agensi kerajaan mempunyai pelan kontigensi untuk mengendalikan situasi sebegini. Agaknya saya terlampau menonton filem-filem Barat yang memaparkan situasi cemas. Tau-tau je lah bila manusia bila mula panik, keadaan menjadi teruk dan tidak terkawal. Harap-harap Malaysia mempunyai agensi yang mahir dan bersedia dalam mentangani malapetaka seperti ini.
Akhirnya kami berasa lega dan bersyukur kerana sampai ke destinasi dengan selamat walaupun lambat.
Kepada kaum beragama Islam, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
No comments:
Post a Comment