Tidak seperti sekarang, kita tidak perlu hantar surat. Kerana kita ada alternatif seperti email, Wassap, facebook dan pelbagai kemudahan lain. Mesej, photo, kata cinta, kad dan sebagainya dapat dihantar melalui telefon bimbit. Dunia global menjadi semakin kecil. Walau beribu batu dipisahkan namun teknologi canggih ini dapat mendekatkan kita semua.
Dahulu, setiap surat rasmi, kad ucapan atau surat
cinta, pasti di depan sampul surat saya akan catatkan ‘terima kasih Mr Postman’. Itu tanda saya berterima kasih di atas
perkhidmatannya menghantar surat-surat tersebut. Malahan di kala menjelang Raya, Ang Pow atau
paket hijau sebagai tip akan diberi kepada posmen yang menghantar surat ke
rumah saya.
Artikel dari akhbar The Star ( 21 Julai 2013 ) yang
mendedahkan perbuatan 3 orang posmen yang tidak bertanggungjawab amat
mengecewakan saya. Kejadian membuang
surat-surat di Ukay Heights, Ampang menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab
3 orang posmen yang di beri tugas untuk menghantar surat-surat kepada
penerimanya. Berlaku pula di bulan
Ramadan. Ishh kalaulah posmen ini
beragama Islam.. pekerjaan itu suatu amanah dan ibadah.
Ini bukan tempat pembuangan sampah ! |
Saya percaya pekerjaan kita walau apapun adalah
amanat yang diberikan. Oleh yang
demikian, kita harus menjalankannya dengan penuh ikhlas dan tekun.
Bayangkan surat-surat yang dibuang itu mungkin
terdiri dari cek-cek untuk pekerja kerajaan yang pencen, cek membayar hutang,
kad ucapan dari orang yang jauh, surat untuk orang yang dicintai, surat
pengesahan temuduga, surat kemasukan universiti dan seribu satu kisah yang amat
bermakna pada seseorang. Bayangkan pihak
yang menunggu, surat tak kunjung tiba.
Kes-kes lalu - surat jadi sampah - kejadian berulang kembali ! |
Posmen-posmen itu bukan sahaja mencuri tulang malah
mencemarkan nama baik majikannya iaitu Pos Malaysia. Mereka sepatutnya dikenakan hukuman yang
setimpal dengan perbuatan mereka.
Pernah di tempat tinggal saya dahulu, selalu ada
surat milik orang lain yang silap dihantar ke rumah saya. Mungkin disebabkan alamat yang lebih kurang
sama, posmen selalu terkeliru. Saya
sendiri menghantarnya ke pemilik surat tersebut yang tinggal di apartment lain
yang agak jauh. Uncle itu selalu
mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saya.
Katanya surat itu mengandungi cek pencennya setiap bulan, maklum sahaja
dia bekas pengawai tinggi kerajaan. Kalau saya jenis yang tidak kisah dan buang surat itu, pastinya dia terpaksa menunggu lama dan bersusah payah untuk menghubungi jabatan berkenaan bagi mendapatkan gaji pencennya.
‘I learned the value of hard work by working hard.”
No comments:
Post a Comment