Saturday, January 21, 2012

Filem & Kehidupan

Saya tidak suka filem sedih kerana ianya membuat saya beremosi .  Dialog-dialog menyayat hati sahaja boleh membuat airmata ini mengalir.  Apalagi filem yang ada kaitan dengan kehidupan ini.
Satu filem yang membuat hati ini tersentuh adalah filem Indonesia ‘Berbagi suami’.  Filem  ini memaparkan 3 segmen kisah tentang wanita dan poligami.  Penderitaan, kesedihan yang dialami oleh wanita yang terpaksa melaluinya.  Lakunan mantap pelakun-pelakun menjadikan cerita ini lebih menarik.  Ditambah pula, skrip yang baik.  .  Saya sukakan cerita pertama yang mengisahkan  penceritaan dari sudut si isteri ( Salma ~ seorang doctor ).  Adegan-adegan lucu apabila si suami sakit membuat saya ketawa.  Adegan apabila si bapa menasihatkan anak lelakinya agar hanya berkahwin satu sahaja.
Babak dimana si suami (pengusaha besar) telah berkahwin lain dan mempunyai anak tanpa pengetahuannya.  Dialog  dimana si isteri berkata kalau tahu begitu sakitnya hati, alangkah baiknya kalau tidak tahu, memberi kesan teramat dalam hati saya.
Hati ini langsung hiba dan airmata ini terus mengalir.  Terkenang kembali, saat bila mengetahui dia ingin berkahwin lain. Dalam tangisan, soalan pertama  diajukan kepadanya, ‘Apa kekurangan saya?, saya akan berubah demi untuk abang’ Jawabnya, ‘Mama tiada kekurangan, mama  isteri terbaik buat abang, Cuma salah abang kerana abang ingin mencuba dan bermain dengan perasaan’.

Benar kata orang, hanya mereka yang pernah melalui akan mengerti perasaan ketika itu.  Dunia ini bagaikan terhenti.  Airmata menjadi teman akrab. 
Hidup ini bagaikan sebuah filem, kita adalah pelakunnya.
Once.. u said 'if i dont hv both, neither both do i want..
Once.. i held u tight pleading u not to leave me yet u do so..
Once.. i cried when u took a bags of clothes with u.. Remember i call u, crying like hell..
What did u said?? hah..
I don’t know what my feeling towards u..
I don’t know what u want anymore..
I can’t help u, u hv to help urself.



Meskipun 10 tahun sudah berlalu, peristiwa itu masih segar dalam ingatan.  Ianya menjadi pengajaran terpenting dalam hidup saya.

Sesungguhnya jangan bergantung kepada orang lain untuk membuat kita gembira.  Kita sendiri harus mencari kegembiraan dan keriangan dalam hidup.  Kiranya kita bergantung kepada seseorang untuk gembira, pastinya kita akan berduka apabila dia pergi meninggalkan kita.




No comments: