Wednesday, January 25, 2012

TANDA-TANDA HUBUNGAN YANG 'TOKSID'

Tanda-tanda hubungan yang ‘toksid’


Sekiranya anda sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang, teliti dahulu hubungan itu.
Apabila hubungan sudah lebih jauh, dan dikala anda dilamun cinta, segala-galanya rasa indah belaka dan kemudiannya baru anda sedari, si dia bukan seperti yang anda impikan.
Bagaimana anda mengenalpasti hubungan ‘toksid’ iaitu hubungan yang sangat buruk, agar anda tidak terperangkap di dalamnya?
Walaupun bukan mudah untuk anda mengenalpasti hubungan sebegini sebelum anda terlibat di dalamnya, sekurang-kurangnya terdapat tanda-tanda untuk anda ketahui sedikit sebanyak di awal perkenalan dan mengetahuinya sekiranya anda terlibat:-
1)    Si dia membuat anda rendah diri di kalangan umum atau ketika anda berduaan. .
2)   Si dia tidak membenarkan anda bergaul atau meluangkan masa bersama teman-teman atau keluarga
3)   Si dia asyik menelefon anda tanpa henti untuk mengetahui apa yang sedang anda buat atau dengan siapa anda berada; walaupun semasa waktu kerja.
4)   Si dia tidak mengendahkan sebarang pendapat anda walaupun anda memberi sebab yang munasabah.
5)   Anda berubah demi untuk mengambil hati si dia.  Atau anda terpaksa berpura-pura bila berdepan dengannya.
6)   Si dia asyik mengkritik rupa anda, perbuatan anda dengan niat untuk membuat anda rasa tidak menawan, menarik serta tidak pandai.
7)   Si dia terlalu cemburu dan selalu menuduh anda menipunya.
8)   Si dia mempunyai personaliti berbeda-beda, satu minit, dia tersangat lembut dan penyayang dan minit berikutnya dia menjadi ganas dan kasar.
9)   Si dia mengawal hidup anda sepenuhnya, membuat anda begitu bergantung kepadanya.
10) Si dia hanya akan pergi ke tempat yang disukainya, tanpa pedulikan apa yang anda sukai.
11)  Si dia berkata dia mencintai anda, namun perbuatannya tidak menunjukkan demikian.
12) Si dia selalu membuat anda takut bila berada dengannya.

13) Si dia mula mendera anda secara emosi dan fizikal.
14) Anda tidak dapat ingat saat-saat anda bergembira bila berada bersamanya.
Adalah penting untuk kita ingat bahawa walau sedalam mana cinta kita pada seseorang, hubungan toksid sebegini adalah buruk.  Mungkin anda tidak ketahui rahsia buruk sidia sebelumnya, namun sebaik sahaja anda ketahuinya, anda perlu keluar dari hubungan sebegini serta merta.  Bercakap dengan seseorang yang anda percayai iaitu ahli keluarga, teman baik atau pekerja social, yang dapat membantu anda melepaskan diri dari hubungan ini.

Hubungan sebegini sekiranya diteruskan sehingga ikatan perkahwinan akan berterusan kemelut permasalahan yang berpanjangan.  Saban hari kita membaca kes-kes penderaan dalam rumahtangga akibat dari hubungan toksid ini.

* Saya selalu pesan kepada anak gadis saya, lelaki yang hadir ke dalam hidupnya kelak sepatutnya memberi kegembiraan kepadanya dan bukan membuatnya sedih dan tidak dihargai.
       * Jangan menangis/bersedih untuk lelaki yang tidak menghargai pengorbanan kita.






No comments: