Sejak kebelakangan ini, saya kurang membeli kupon diskaun online kerana pengalaman buruk dengan La Herballe ~ baca tulisan saya :-La Herballe , meskipun sudah mendapat bayaran balik dari Mydeal., masih terasa keserikannya.
Dan juga pembelian cara ini, selalunya temujanji untuk tarikh yang dikehendaki dalam waktu terdekat sukar dipenuhi. Apalagi saya cuma lapang dihujung minggu. Hujung minggu adalah waktu untuk saya bersantai sambil memanjakan diri.
Namun pembelian kali ini di ilove discount website, lain pula. Beli sahaja ditalian, sebelum tarikh redemsi bermula, terus saya menelefon, dah dapat tarikh temujanji yang saya kehendaki. Lega hati ini. Saya ingin mencuba dan merasai pengalaman berbeda di SPA-SPA yang terdapat di Pulau Pinang khususnya. Lagipun lokasi Anggerik SPA ini adalah tidak terlalu jauh dari rumah saya. Peluang mencuba dengan harga yang murah tidak saya lepaskan. Saya berharap semoga mendapat layanan seperti yang saya harapkan. Jangan pula Indah Khabar Dari Rupa!!
Tepat jam 3 petang Sabtu, seperti yang dijanjikan, saya tiba di Anggerik SPA. Tidak sukar mencari lokasi Anggerik SPA memandangkan ianya terletak di dalam Pasaraya Giant, Bayan Baru. Sebaik anda menaiki eskalator, terletak sebelah kiri, Tingkat 1 antara deretan kedai.
Salon Anggerik SPA mempunyai hiasan yang sederhana namun menarik. Meskipun tidak terlalu besar, kata orang kecil-kecil cili padi.
Melangkah masuk, terdapat kaunter menyambut tetamu dan ruang menunggu. Di sebelah kanan, terdapat 2 bilik di mana salah satunya dilengkapi dengan tab mandi, bilik shower, katil untuk mengurut. Dan bilik satu lagi juga terdapat katil untuk facial dan mengurut. Di sebelah kanan terdapat bilik-bilik untuk facial. Sewaktu tiba disitu, terdapat 2 pelanggan yang baru habis sesi facial dan urutan.
Saya disambut mesra oleh pemilik salon Puan Liza yang lembut tutur kata dan peramah.
Memulakan sesi dengan rendaman kaki di dalam air suam yang ditabur dengan kelopak bunga ros.
Kemudian kepala saya diurut dengan limau purut yang harum baunya dan amat menyenangkan. Maklum sahaja sehari sebelum ini, saya sakit kepala yang teramat sangat sehingga terpaksa mengambil cuti untuk berehat di rumah. Jadi urutan ini sedikit sebanyak melegakan kepala yang berat.
Selepas itu, seluruh badan saya disental dengan lulur ros, salah satu haruman yang amat saya gemari. Setelah lulur itu kering, saya pun mandi dan bersihkan diri. Sememangnya, kulit saya begitu bersih dan lembut selepas itu.
Puan Liza mengesyorkan saya mencuba facial masker timun dengan harga diskaun. Katanya facial masker itu sangat merelakskan. Saya pun mencubanya dan ternyata benar kata Puan Liza.
Mula-mula muka saya dibersihkan seperti facial biasa dan kemudian menggunakan scrub oleh Ija, salah seorang pekerja salon ini. Sentuhan jemari lembut yang diakhiri dengan masker timun itu begitu menyejukkan kerana ianya menggunakan timun segar yang dipotong kecil.
Akhir sekali, seluruh badan saya diurut oleh Puan Liza. Mengurut merupakan rutin mingguan saya, dan ternyata kunjungan saya ke Anggerik SPA tidak menghampakan.
Saya difahamkan bahawa Anggerik SPA telah beroperasi lebih 2 tahun di premis ini.
Kalau anda tergolong dalam kategori orang yang suka memanjakan diri, saya syorkan anda mencubanya di Anggerik SPA !
08.03.2012 Catatan - Selepas review saya di atas, saya sudah beberapa kali berkunjung ke salon ini untuk mencuba pelbagai tawaran mengurut yang lain dan dilayan mesra oleh terapis urut berpengalaman Cik Nor, salah seorang pekerja Puan Liza.
Salah satu sebab saya suka berkunjung ke salon ini adalah kerana kebersihan yang dipraktikkan.
Setiap kali, saya berpuashati dengan layanan tuanpunya salon dan staf-stafnya
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terbaru - 16 Mei 2012, tawaran di https://www.livingsocial.com
Anggerik Spa & Beauty

Anggerik Spa's 120 minutes Heavenly Body Pampering Package including: Rose Petal Foot Spa + Scalp Massage + Body Scrub + Balinese Full Body Massage
Tepat jam 3 petang Sabtu, seperti yang dijanjikan, saya tiba di Anggerik SPA. Tidak sukar mencari lokasi Anggerik SPA memandangkan ianya terletak di dalam Pasaraya Giant, Bayan Baru. Sebaik anda menaiki eskalator, terletak sebelah kiri, Tingkat 1 antara deretan kedai.
Salon Anggerik SPA mempunyai hiasan yang sederhana namun menarik. Meskipun tidak terlalu besar, kata orang kecil-kecil cili padi.
Anggerik SPA menggunakan bahan-bahan Asli - herba buatan sendiri |
Kaunter Anggerik SPA |
Melangkah masuk, terdapat kaunter menyambut tetamu dan ruang menunggu. Di sebelah kanan, terdapat 2 bilik di mana salah satunya dilengkapi dengan tab mandi, bilik shower, katil untuk mengurut. Dan bilik satu lagi juga terdapat katil untuk facial dan mengurut. Di sebelah kanan terdapat bilik-bilik untuk facial. Sewaktu tiba disitu, terdapat 2 pelanggan yang baru habis sesi facial dan urutan.
Saya disambut mesra oleh pemilik salon Puan Liza yang lembut tutur kata dan peramah.
Memulakan sesi dengan rendaman kaki di dalam air suam yang ditabur dengan kelopak bunga ros.
Kemudian kepala saya diurut dengan limau purut yang harum baunya dan amat menyenangkan. Maklum sahaja sehari sebelum ini, saya sakit kepala yang teramat sangat sehingga terpaksa mengambil cuti untuk berehat di rumah. Jadi urutan ini sedikit sebanyak melegakan kepala yang berat.
Selepas itu, seluruh badan saya disental dengan lulur ros, salah satu haruman yang amat saya gemari. Setelah lulur itu kering, saya pun mandi dan bersihkan diri. Sememangnya, kulit saya begitu bersih dan lembut selepas itu.
Puan Liza mengesyorkan saya mencuba facial masker timun dengan harga diskaun. Katanya facial masker itu sangat merelakskan. Saya pun mencubanya dan ternyata benar kata Puan Liza.
Mula-mula muka saya dibersihkan seperti facial biasa dan kemudian menggunakan scrub oleh Ija, salah seorang pekerja salon ini. Sentuhan jemari lembut yang diakhiri dengan masker timun itu begitu menyejukkan kerana ianya menggunakan timun segar yang dipotong kecil.
Akhir sekali, seluruh badan saya diurut oleh Puan Liza. Mengurut merupakan rutin mingguan saya, dan ternyata kunjungan saya ke Anggerik SPA tidak menghampakan.
Saya difahamkan bahawa Anggerik SPA telah beroperasi lebih 2 tahun di premis ini.
Kalau anda tergolong dalam kategori orang yang suka memanjakan diri, saya syorkan anda mencubanya di Anggerik SPA !
08.03.2012 Catatan - Selepas review saya di atas, saya sudah beberapa kali berkunjung ke salon ini untuk mencuba pelbagai tawaran mengurut yang lain dan dilayan mesra oleh terapis urut berpengalaman Cik Nor, salah seorang pekerja Puan Liza.
Salah satu sebab saya suka berkunjung ke salon ini adalah kerana kebersihan yang dipraktikkan.
Setiap kali, saya berpuashati dengan layanan tuanpunya salon dan staf-stafnya
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terbaru - 16 Mei 2012, tawaran di https://www.livingsocial.com
Anggerik Spa & Beauty
1 Pax (RM28) / 2
Pax (RM50): 2Hr 15Min Full Body Massage (4 choices) + Collagen Serum Facial +
Face Massage + Foot Detox Spa from RM25 per person (Bayan Lepas)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
** Bagi anda yang kepenatan stres dek kerja, saya syorkan anda mencuba pakej ini. Boleh bawa teman bersama. Lepas rawatan ini, rasai perbezaannya.
Anggerik Spa & Beauty
78 1st Floor, F09, Giant Hypermarket, Jalan Tengah, , Bayan Baru, 11950, Penang
04-6440355
http://www.facebook.com/pages/Anggerik-Spa/108104432597037

Lokasi Anggerik SPA |
No comments:
Post a Comment