Berita mengenai wanita warga Indonesia yang dirogol bergilir oleh 3 anggota polis, saya baca dengan penuh kesal.
Perbuatan keji dan terkutuk ini
dilakukan oleh anggota polis yang diberi kehormatan dan kepercayaan untuk
melindungi kita, menjaga keselamatan orang tempatan mahupun orang asing. Mereka diberi penghormatan untuk memakai pakaian
seragam dan lencana yang melambangkan tanggungjawab untuk melindungi semua
orang. Anggota polis seharusnya menegakkan
kebenaran, keadilan dan mempamerkan sikap jujur dan baik.
Kalaulah dakwaan ini
benar, perbuatan mereka amat mengaibkan PDRM.
Saban hari kita juga mendengar rungutan orang ramai mengenai gejala
rasuah yang semakin meningkat. Sekiranya
inilah perangai anggota polis, ianya akan menjejaskan imej PDRM. Sekiranya kita
berasa tidak selamat dengan adanya anggota polis, maka gagallah peranan mereka.
Orang-orang yang tidak bertamadun, berperangai binatang tidak layak berada di PDRM.
Saya berharap PDRM
akan menjalankan siasatan terperinci dan mereka yang bertanggungjawab akan dihadapkan
ke mahkamah dan dihukum seberat-beratnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
16
Oct 2012 - Tiga
Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Wanita Indonesia http://mstar.com.my
Yang Salah Tetap Salah !! |
No comments:
Post a Comment