Kebaikan Buah
Pisang
Tenaga
Pisang membekalkan
kabohidrat yang diperlukan untuk menggantikan otot Glycogen yang digunakan.
Kesihatan usus
Pisang adalah
tinggi dengan fiber larut yang mana membantu menghalang sembelit dan membantu memulih
dan mengekalkan fungsi kebiasaan membuang najis.
Potassium
Tinggi kandungan
potassium, pisang membantu sistem peredaran tubuh menghantar oksigen ke otak, membantu mengekalkan degupan jantung yang
biasa dan imbangan air yang betul.
Kuasa Otak
Potassium - membantu
pembelajaran kerana ia membuat pelajar lebih sedar. Pelajar mendapati mereka mempunyai lebih kuasa
otak dan dapat membuat lebih baik dalam peperiksaan apabila mereka makan pisang
di waktu sarapan pagi dan makan tengahari.
PMS
Pisang mengandungi
vitamin B6. Vitamin ini mengawal aras glukos darah dan membantu kita
pada waktu stress serta membantu mengawal mood kita.
Zat besi
Pisang adalah juga
kaya dengan zat besi, dan dapat membantu individu yang menghadapi anemia ( keadaan darah yg kekurangan sel darah merah atau
hemoglobin ). Ia membantu merangsang
penghasilan hemoglobin di dalam darah.
Meningkatkan
Kegembiraan
Pisang membebaskan bahan yang dipanggil Tryptophan
yang ditukarkan ke Serotonin dalam
otak yang selanjutnya meningkatkan mood dan membuat kita lebih gembira !
Bantu
Perokok Berhenti
Pisang mengandungi Vitamin B dan lain mineral yang mengurangkan
kesan penarikan nicotin secara fizikal dan psikologi.
Tahukah
anda bahawa pisang masak sepenuhnya dengan tompok hitam pada kulitnya
menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil TNF ( Tumor Necrosis Factor ) yang
mempunyai keupayaan untuk melawan sel yang tidak normal.
Semakin
gelap tompok semakin tinggi kualiti tambahan imunitinya. Oleh itu, pisang masak ranum mempunyai
kualiti anti kanser yang lebih baik.
Ambil sebiji pisang yang telah dikupas dan gosok sekeliling gigi selama 2 minit ( lima minit pun ok jugakan ) Kandungan mineralnya seperti potassium, magnesium dan manganese menyerap ke dalam gigi anda dan memutihkannya.
Cubalah hari ini. Cara yang murah dan mudah !
Buah Tempatan Banyak Khasiatnya ! |
No comments:
Post a Comment