5 kesilapan Yang Sepatutnya Anda Elakkan Selepas Perceraian
Ada beberapa perkara yang mencabar dalam kehidupan kita selain dari terpaksa melalui saat perpisahan Ianya adalah suatu tempoh yang getir dan dahsyat. Dunia terasa seakan terbalik dan anda ditinggalkan dan seumpama terpaksa mengutip cebisan kaca yang berkecai. Anda terpaksa memulakan semuanya sekali lagi.
Berita baiknya adalah hidup selepas perceraian bukanlah seteruk yang anda bayangkan. Hakikatnya, hidup anda mungkin lebih bermakna dan hebat. Kehidupan baru anda mengikut kehendak dan kemahuan anda dalam apa jua pun.
Anda dapat menikmati keriangan dan keseronokan hidup walaupun selepas bercerai dengan mengelak 5 kesilapan yang biasa dilakukan seperti berikut :-
# Kesilapan 1 ~ Berasa bersalah, kesal dan simpati pada diri sendiri
Adalah wajar dan difahami sekiranya anda berasa murung dan bersedih semasa dan selepas proses perceraian. Anda terpaksa berdepan dengan pelbagai emosi semasa melalui fasa transaksi ini, marah, sedih, kecil hati, kecewa, keliru dan bermacam perasaan bersarang di hati dan bermain di minda dan jiwa anda.
Namun anda tidak seharusnya duduk sahaja dan meratapi nasib anda. Hidup anda tidak berhenti begitu sahaja hanya kerana anda bercerai dan bersendirian tanpa pasangan. Dunia bergerak begitu pantas dan sekiranya anda tidak berlari dengannya, anda akan ketinggalan.
Anda boleh berdepan dengan emosi anda, hadapi dan atasinya. Namun akhirnya, anda seharusnya berhenti menangisi kejadian yang telah berlalu dan mengatur langkah memulakan hidup anda semula. Atau sekurang-kurangnya berpura-pura sehingga anda benar-benar berjaya mengatasinya.
# Kesilapan 2 ~ Tidak menerima kenyataan bahawa ianya telah berakhir
Realiti dan kenyataan adalah terlalu pahit untuk ditelan. Walaupun dokumen perceraian telah ditandatangani dan peguam anda telah mendapat bayaran, namun adalah sukar untuk anda menerima hakikat bahawa ianya benar-benar berakhir. Orang yang anda rancang untuk menghabiskan seluruh hidup anda tiada lagi di sisi anda.
Namun sedarilah bahawa perkahwinan anda telah berakhir dan anda sedang berdiri di ambang kehidupan baru. Lebih awal anda menerima kenyataan bahawa anda telah bercerai, lebih awal anda dapat mengubat luka di hati dan pulih sepenuhnya untuk menikmati kehidupan baru anda.
# Kesilapan 3 ~ Jauhi diri dari teman dan keluarga
Apabila anda bersedih, anda akan mempunyai kecenderungan untuk menyendiri.
Memang sukar untuk anda keluar menghibur hati dengan teman atau keluarga apabila anda dalam keadaan sedih, Namun inilah waktu anda paling memerlukan mereka. Mereka akan senantiasa mendampingi anda dan memberi sokongan kepada anda semasa anda menempuhi tempoh yang paling mencabar ini. Rapatkan diri anda dengan teman/keluarga yang anda sayangi . Luahkan pada teman akrab dan dapatkan nasihat dari mereka yang pernah mengalaminya. Anda akan bersikap lebih positif.
Tanpa anda sedari, anda merasa lebih baik dan dapat mengatasi perasaan sedih dengan lebih cepat.
# Kesilapan 3 ~ Menjalin hubungan baru serta merta
Perceraian meninggalkan lubang dan luka di hati anda. Pasangan anda sudah tiada disisi. Adalah biasa untuk anda berkeinginan mengisi kekosongan di hati secepat mungkin.
Namun sejurus selepas perceraian bukanlah waktu yang sesuai untuk anda menjalinkan hubungan baru.
Anda memerlukan masa untuk pulih sebelum anda benar-benar bersedia untuk mencari seseorang yang istimewa untuk bersama.
# Kesilapan 5 ~ Membiarkan diri anda
Jangan berhenti menjaga diri anda hanya kerana perkahwinan anda berakhir. Anda perlu terus menjaga kesihatan dan penampilan diri anda. Makan dengan betul. Dapatkan tidur yang cukup. Bersenam di gym. Apabila anda sihat, anda kelihatan dan rasai cantik dan bermaya.
Kalau anda bersedih, tiada selera makan, tidak dapat tidur, nescaya penyakit akan datang singgah.
Bila anda mula bersedia untuk menghadapi hidup baru, penyakit mula datang mengundang. Oleh itu pentingkan dan utamakan kesihatan anda. Episod pahit perceraian akan berakhir dan sinar kebahagiaan akan muncul di dalam hidup anda nanti.
Semudah itu..
Insya Allah.
1 comment:
semua yang berlaku adalah ketentuan NYA...cuma kita mampu berusaha untuk terus mempelajari dari kesilapan lalu...
Post a Comment