Disebabkan ibu bapanya yang sakit mengotori pangsapurinya, seorang lelaki Singapura sanggup membayar ibu bapanya S$2,000 (RM4,994) supaya mereka keluar dari situ.
Dia juga menyuruh ibu bapanya menandantangani documen yang mengatakan bahawa mereka tidak akan kembali ke pangsapurinya, akhbar Sin Chew Daily and Nanyang Siang Pau melapurkan.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/11/10/nation/9868935&sec=nation
** Artikel tersebut memaparkan satu kisah dan realiti kehidupan. Terlalu banyak cerita kita baca tentang layanan anak pada ibu bapa. Ada ibu bapa yang sanggup mengeluarkan simpanan untuk menghantar anak belajar ke luar negara. Ada yang tidak kembali ke tanah air dan tiada khabar, walhal ibu bapa sudah mengadaikan harta mereka. Bagaimana anak yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh dan dimanjakan, boleh melupakan kasih sayang mereka ??
Ada yang menganggap ibu bapa adalah pembantu rumah mereka, sewaktu sihat, cucu-cucu dibiarkan mereka jaga. Bila dah tak larat, apa lagi dihantar ke rumah orang tua2.
Namun saya berpendapat kalau tidak ada orang yang mampu menjaga adalah lebih baik dihantar ke pusat jagaan orang tua yang bertauliah. Sekurang-kurangnya kebajikan mereka dijaga dengan baik. Kalau anda terpaksa berbuat demikian, lawati mereka selalu.
Pengajarannya adalah :-
Untuk Ibu Bapa :-
1. Simpanlah wang untuk masa tua kita.
2. Jangan habiskan semua wang simpanan tua untuk anak-anak.
3. Buat wasiat agar anak-anak hanya dapat miliki harta bila kita sudah tiada lagi.
4. Jangan terlalu bergantung kepada anak2.
Untuk anak2, ingatlah :-
1. Karma ~ apa yang kita buat, kelak kita juga akan menanggungnya.
2. Hitunglah, dari kita dilahirkan, berapa banyak wang dan tenaga yang dicurahkan oleh ibu
bapa kita? Berapakah nilainya?
3. Ambil pembantu untuk jaga anak2 anda bukan ibu bapa anda ( apalagi kalau mereka sudah tua
dan uzur ). Ibu bapa telah menjalankan tanggungjawab untuk membesarkan kita. Bukankah
wajar mereka berehat sekarang?
4. Untuk menantu, hormatilah dan sayangi mertua anda. Suatu hari anda akan jadi seperti
mereka.
Jangan api-apikan dan meregangkan hubungan antara anak dan ibu bapa mereka.
Sin Chew Daily melapurkan bahawa pertengkaran berlaku selama 6 jam pada hari Ahad apabila lelaki tersebut menghalau ibubapanya keluar, sehingga pihak polis terpaksa masuk campur.
Semasa pergaduhan itu, ibu bapa lelaki tersebut telah memintanya mengembalikan wang sebanyak S$20,000 (RM49,940) yang dikatakan telah dipinjamkan kepada anak lelaki itu. Namun anaknya mengatakan wang tersebut merupakan pemberian kepadanya.Selepas beberapa tawaran, anak lelakinya mengalah dan memberi mereka S$2,000 (RM4,994) dan menyuruh mereka tandatangan documen mengatakan mereka tidak akan kembali ke pangsapuri itu.
Si Ibu, Fu, 55 berkata bahawa dia dan suaminya mempunyai 3 orang anak lelaki dan mereka berpindah bersama anak lelaki bongsu ke pangsapuri kepunyaan anak lelaki sulong untuk membantu menjaga 2 orang cucu perempuan mereka.Dia berkara, anak lelaki sulungnya baru sahaja bercerai pada masa itu dan memerlukan bantuan untuk menjaga rumah itu dan mereka diminta membayar sewa sebanyak S$1,000 (RM2,497).
Fu mengatakan bahawa beliau dan suaminya menghidap hypertensi dan dia juga seorang diabetik.Beliau berkata anak lelaki sulungnya tidak gembira kerana tandas berbau busuk, namun katanya bau tersebut adalah disebabkan oleh ubatan yang mereka ambil.
Tambahnya, disebabkan sakit rheumatism, dia tidak dapat membuat banyak kerja rumah dan pergerakan suaminya 62, adalah terhad disebabkan terbabit dalam kemalangan jalanranya beberapa tahun dahulu.http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/11/10/nation/9868935&sec=nation
** Artikel tersebut memaparkan satu kisah dan realiti kehidupan. Terlalu banyak cerita kita baca tentang layanan anak pada ibu bapa. Ada ibu bapa yang sanggup mengeluarkan simpanan untuk menghantar anak belajar ke luar negara. Ada yang tidak kembali ke tanah air dan tiada khabar, walhal ibu bapa sudah mengadaikan harta mereka. Bagaimana anak yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh dan dimanjakan, boleh melupakan kasih sayang mereka ??
Ada yang menganggap ibu bapa adalah pembantu rumah mereka, sewaktu sihat, cucu-cucu dibiarkan mereka jaga. Bila dah tak larat, apa lagi dihantar ke rumah orang tua2.
Namun saya berpendapat kalau tidak ada orang yang mampu menjaga adalah lebih baik dihantar ke pusat jagaan orang tua yang bertauliah. Sekurang-kurangnya kebajikan mereka dijaga dengan baik. Kalau anda terpaksa berbuat demikian, lawati mereka selalu.
Pengajarannya adalah :-
Untuk Ibu Bapa :-
1. Simpanlah wang untuk masa tua kita.
2. Jangan habiskan semua wang simpanan tua untuk anak-anak.
3. Buat wasiat agar anak-anak hanya dapat miliki harta bila kita sudah tiada lagi.
4. Jangan terlalu bergantung kepada anak2.
Untuk anak2, ingatlah :-
1. Karma ~ apa yang kita buat, kelak kita juga akan menanggungnya.
2. Hitunglah, dari kita dilahirkan, berapa banyak wang dan tenaga yang dicurahkan oleh ibu
bapa kita? Berapakah nilainya?
3. Ambil pembantu untuk jaga anak2 anda bukan ibu bapa anda ( apalagi kalau mereka sudah tua
dan uzur ). Ibu bapa telah menjalankan tanggungjawab untuk membesarkan kita. Bukankah
wajar mereka berehat sekarang?
4. Untuk menantu, hormatilah dan sayangi mertua anda. Suatu hari anda akan jadi seperti
mereka.
Jangan api-apikan dan meregangkan hubungan antara anak dan ibu bapa mereka.
No comments:
Post a Comment