Saturday, November 19, 2011

Perihal RM 100

Tentang RM 100


Sejak beberapa hari yang lalu, topik hangat yang diperkatakan di pejabat berkisar tentang RM 100.00. 

Ada teman sepejabat yang berkejar ke 2 sekolah berlainan untuk menuntut wang RM100 yang dijanjikan oleh PM kepada mereka yang anak-anaknya berada di alam persekolahan.  Wow, dapat durian runtuh.   Kata teman, kalau tidak menuntut wang itu, wang itu akan dikembalikan kepada pihak kerajaan.  Pihak sekolah pula, meminta ibu bapa yang tidak mahu wang berkenaan, derma sahaja kepada sekolah.  Yalah, perbelanjaan untuk menyelenggara sekolah pun tinggi.

Saya tidak teruja langsung kerana anak2 sudah melepasi umur kelayakan untuk menuntut wang tersebut.

Bagi golongan yang berada, RM100, apalah sangat.  Makan kat restoran mewah pun dah lebih dari itu.

Namun bagi golongan berpendapatan rendah, RM100 ini terlalu banyak kegunaannya.  Dapatlah meringankan beban membiayai keperluan persekolahan untuk anak-anak yang berderet.  Dapatlah berbelanja keperluan dapur untuk makan sekeluarga.  Dapatlah membayar sewa rumah, bil air dan pelbagai bil lagi.

Bercakap tentang RM 100, saya senyum sinis apabila teman-teman berkata, jangan lepaskan peluang itu, ambil sajalah, yalah dah orang memberi. 

Kalau anda bermastautin di Pulau Pinang, topik RM100 ini sudah biasa.  RM 100 untuk warga emas, RM 100 untuk anak emas ( bayi yang dilahirkan di Pulau Pinang ) , RM 100 untuk ibu tunggal, dan mungkin ada macam-macam lagi.

Saya tidak tahu apa yang patut dilabelkan untuk RM100 ini.  Pemberian, saguhati, bantuan, bonus, derma ataupun sogokan.  Yang saya nampak, tak kira penyokong parti kerajaaan atau pembangkang, RM 100 ini tidak akan ditolak.
Untungnya bila hampir pilihanraya.



Apabila wang menjadi taruhan,

apakan kesetiaan dapat bertahan??
Ada wang ada kuasa

Wang dapat membeli segalanya.
Benarkah ??




1 comment:

leyrashid said...

yang lebih penting...usah libatkan soal politik dalam isu persekolahan anak-anak..

visit my link...http://coachnike28.blogspot.com/2011/11/rm100tak-settle-lagi.html