Hentikan kedut dengan sengat lebah : ‘Racun kegemaran’ selebriti terdapat di gedung utama
By Tamara Cohen
Last updated at 1:02 PM on 26th November 2011
Disengat oleh lebah untuk menjadi lebih muda ?
Ianya kedengaran tidak menarik, namun racunnya adalah disahkan sebagai keajaiban rawatan anti penuaan.
Saintis telah membuat penemuan bahawa ia dapat merangsang kolagen – yang memberi kulit kemudaan dan keanjalan serta menjadikannya tidak mudah terdedah kepada kerosakan akibat sinar matahari.
Saintis mempercayai bahawa bisa sengatan lebah dapat merangsang kolegan, kimia yang dapat mengekalkan kemudaan dan keanjalan kulit.
Mask muka yang mengandungi bisa lebah menjadi kegemaran selebriti sudah wujud bertahun-tahun namun hanya di salon dan SPA.
Kini, rangkaian penjagaan muka pertama yang mengandungi bisa lebah akan terdapat di gedung utama selepas kajian selama 12 tahun
Mulai Isnin, rangkaian baru tersebut yang dirumus oleh saintis Korea Dr Sang Mi Han untuk syarikat kecantikan New Zealand Manuka Doctor yang akan distokkan di gedung Holland & Barrett.
Syarikat tersebut mendakwa ianya ‘alternatif terbaik selepas botox – di dalam balang.’

Adalah didedahkan bahawa pada tahun lepas Camilla ~ Duchess of Cornwall telah membuat rawatan muka bisa lebah berharga £55 di salon dan Dannii Minogue juga dikatakan salah seorang peminat rawatan ini.
Dahulu, hanya terdapat eksklusif di salon rawatan, rangkaian baru di antara 5 produk bermula dari harga £16.99 untuk pelembab muka dan pembersih muka berbuih, £18.99 untuk serum rawatan kulit, £24.99 untuk krim pembaikian kulit, dan £49.99 untuk mask muka muda
Produk itu dikatakan mempunyai kesan ‘denyutan lembut’ pada kulit.
Ianya memperdayakan tubuh untuk memikirkan bahawa ia terkena sengatan, yang menyebabkannya aliran darah ke kawasan terjejas (disengat ) dan merangsang pengeluaran bahan kimia kolagen semulajadi dan keanjalan yang mengekalkan ketegangan kulit.
Perubahan Wajah: Duchess of Cornwall telah menggunakan rawatan kecantikan menggunakan bisa lebah untuk mengatasi proses penuaan.
‘alternatif terbaik selepas botox – di dalam balang.’
Dr Han, penyelidik South Korea’s National Academy of Agricultural Sciences menerbitkan kajian yang mencadangkan bahawa ia juga dapat merangsang bilangan sel yang dikenali sebagai ‘ keratinocytes’ yang bertindak sebagai pengadang terhadap faktor alam seperti bakteria, kehilangan air dan kerosakan akibat sinar matahari.
‘Keratinocyte’ adalah sel di lapisan teratas kulit yang diperlukan untuk kelihatan muda tetapi semakin kita tua, bilangan sel kulit berkurangan mengakibatkan pengurangan keanjalan kulit dan pembentukan garis halus serta kedutan. Bisa lebah yang ditulenkan terbukti dapat meningkatkan bilangan ‘keratinocyte’ yang selanjutnya memperbaiki keanjalan kulit.
Beliau berkata: ‘Saya telah menjalankan kajian intensif dan percubaan klinikal yang mana membuktikan bahawa bisa lebah yang ditulenkan dapat membantu pembentukan kolagen dan menghalang kerosakan akibat sinaran matahari.
‘Pendedahan terhadap sinar matahari merupakan penyebab utama kedutan kerana sinar UV meningkatkan aras protein yang bertanggungjawab ke atas pengurangan kolagen di kulit. Akibatnya kulit kekurangan keanjalan, kendur dan kedut semakin kita berusia. ’
Tidak perlu dikhuatirkan kerana tiada kemudaratan kepada lebah kerana bisa lebah adalah dikumpulkan menggunakan alatan khas.
Jurucakap Holland and Barrett menjelaskan: 'Bisa adalah dikeluarkan dari lebah menggunakan proses selamat untuk memastikan jangka hayat lebah.
‘Permukaan kaca khas ( dikenali sebagai pengumpul ) adalah ditempatkan bersama pintu sarang dan aliran elektrik lemah melaluinya, yang mengalakkan lebah menyengat kaca dengan lembut.
‘Disebabkan lebah hanya menyengat pada permukaan – lebah tidak mati dan dimudaratkan.
Bisa lebah dikeringkan, disemai dan ditulenkan untuk menanggalkan sebarang kotoran seperti tanah, habuk dan madu.’
Bisa lebah telah digunakan dalam aplikasi perubatan sejak zaman dahulukala. Ia juga mengandungi sejenis proten yang dikenali sebagai ‘Apamin’ yang merelakskan otot dan digunakan sebagai rawatan arthritis dikenali ‘apitherapy’ dan juga untuk melegakan simpton ‘muscular dystrophy and multiple sclerosis’.
Kesian lebah tu, biarlah ia hidup di alam semulajadi, jangan diganggu kehidupannya.
Manusia sanggup menghabiskan wang untuk mengekalkan kemudaan, walhal kitaran hidup ini memang yang muda akan tua, dan yang tua akhirnya akan mati.
Bayangkan kalau seseorang itu ada alergi dan menjalankan rawatan bisa lebah ini, selepas tu muka terus bengkak macam disengat lebah, alahai tentu menakutkan. Namun manusia sanggup menanggung risiko semata-mata untuk kelihatan muda dan cantik.

Cuba bayangkan pula, kalau ada ubat ajaib untuk menjadikan manusia hidup selamanya, tentu manusia yang kaya raya akan sanggup mengeluarkan wang untuk memiliki ubat tersebut.
Kalau manusia hidup selamanya, tentu dunia ini akan sesak dipenuhi manusia.
Sebenarnya bukan berapa lama kita hidup yang bermakna, bagaimana kita gunakan jangka hidup kita itu yang penting.
'Madu ditangan kananmu,
Racun ditangan kirimu,
kedua-duanya pun ku mahu
Racun ditangan kirimu,
kedua-duanya pun ku mahu
No comments:
Post a Comment