Monday, August 29, 2011

Cara-cara Berjimat - MilkADeal

Bulan lepas, saya diperkenalkan ke website MilkADeal ini oleh anak gadis saya.

Katanya kalau nak berjimat, layarilah website tersebut. Sebenarnya saya banyak mempelajari tentang dunia internet ini dari anak-anak. Mereka ni sangat arif dan pakar dalam soal ini. Mula-mula nak blog pun dengan bantuan anak gadis saya. hahaha..

Saya tertarik dengan MilkAdeal kerana terdapat banyak tawaran dan promosi dengan harga yang amat rendah sekali. Apalagi tawaran yang begitu banyak dari pemilik SPA dan salon kecantikan di Pulau Pinang.

Lantas saya membeli kupon-kupon yang ditawarkan. Dapatlah saya mencuba SPA dan buat rawatan kecantikan dari syarikat yang berbeda dan membandingkan perkhidmatan pada harga yang minima.

Saya telahpun membuat temujanji dengan pemilik SPA dan salon kecantikan. Nanti akan saya buat review tentang tempat-tempat tersebut yang bakal saya kunjungi.

Pada mulanya saya agak risau kerana setengah tawaran itu apabila ditutup terlalu banyak pembelinya. Bayangkan ada yang mencapai ratusan. Dengan waktu redempsi yang singkat iaitu 2 bulan, takut tak sempat menggunakan kupon tersebut. Namun, bila menelefon syarikat berkenaan, dan kerana temujanji dah penuh bagi tarikh-tarikh yang saya kehendaki, pengarah itu sendiri yang menelefon dan melanjutkan tempoh sah kupon tersebut. Begitulah mesra dan efisennya mereka dalam memenuhi kehendak pelanggan.

MilkAdeal juga menawarkan bermacam-macam produk kereta, rumah, melancong, makanan dan sebagainya.



So buat anda yang ingin berjimat sambil menikmati pelbagai tawaran, kunjungi website

http:/milkadeal.com

mana tau, mungkin anda akan terjumpa sesuatu yang diminati.

No comments: