Tuesday, August 30, 2011

Kempen TLC Promise Me bersama Nuffnang

'Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima'



Sesungguhnya usaha Nuffnang untuk melibatkan diri dalam kempen ini amatlah membanggakan.
Saya berpendapat langkah murni ini perlu disokong sepenuhnya oleh warga blogger sekalian. Apatah lagi, ikrar Nuffnang mengutip dana untuk Rumah Aman bagi tujuan menggantikan pendawaian eletrik yang telah lapuk.

Rumah Aman merupakan rumah anak yatim yang mengharapkan sepenuhnya derma dari orangramai. Rumah ini yang terletak di Shah Alam dan pada masa ini menempatkan 30 budak lelaki dari pelbagai umur. Memulakan operasi pada tahun 2005 dengan kemudahan lengkap menjaga anak-anak yatim dan mereka dari kalangan keluarga susah. Kanak-kanak di situ diperuntukan dengan pelajaran, makanan dan tempat tinggal. Misi mereka adalah untuk memberi yang terbaik kepada kanak-kanak di situ.



Anda boleh membantu dengan :-

Membeli produk-produk TLC kerana 100% daripada dividen syarikat adalah dibahagikan kepada 5 badan amal.

Anda juga boleh :

1. Derma kepada dana tersebut :-

- Online: Anda boleh menderma terus ke Rumah Aman melalui online banking Maybank2U,dengan catatan: “Nuffnang TLC Promise Me S2”. Derma hendaklah terus kepada Rumah Aman (Shah Alam), dengan nombor akaun 562106720433 (Maybank).



- Melalui Milkadeal: Syarikat 'sister' nuffnang iaitu Milkadeal dengan murah hati menawar untuk turut serta dalam memenuhi ikrar ini, dan anda boleh menderma melalui urusan(deal) di Milkadeal.

- Melalui cek: Cek hendaklah dikeluarkan atas nama Nuffnang Sdn. Bhd. dan dihantar ke pejabat KL Nuffnang di alamat berikut :-

12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah Shak
50300 Kuala Lumpur.



2. Sebarkan Kata

- Sekiranya adan ingin membantu tetapi tidak mampu, sila blog tentang ini dan sebarkan kata-
mungkin orang lain yang membaca blog anda dapat membantu !


Untuk infomasi selanjutnya tentang TLC Promise Me Season 2 campaign, layarilah :- www.tlcpromiseme.com.


Untuk infomasi selanjutnya tentang Rumah Aman, layarilah :-
www.rumahaman.com.

* Nota ~ Semoga blogger semua dapat sama-sama membantu untuk mencapai hasrat murni ini.

No comments: