Sunday, August 28, 2011

EMOSi

Sudah hampir sebulan umat islam berpuasa. Esok berakhir Ramadan, menjelang Syawal kita akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri.
Bila berjalan-jalan bersendirian di gedung Gurney Plaza, kala mendengar alunan lagu hari raya berkumandang, tiba-tiba hati terasa sayu. Cuba mengikis perasaan ini tapi tidak berjaya. Teringat saat-saat bahagia dahulu. Memiliki keluarga yang lengkap penuh kasih sayang. Anak-anak kini sudah dewasa. Melihat pasangan bersama anak berbelanja untuk raya, terus hati ini pilu.
Bulan ini saya banyak mengisahkan emosi yang bercampur baur. Gembira, sedih, bahagia, kecewa dan sayu adalah sebahagian dari emosi yang mewarnai kehidupan. Menangis, ketawa, tersenyum menghiasi liku-liku kehidupan manusia sejagat. Hidup ini penuh misteri. Kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi sehingga kita melaluinya. Apa jua yang berlaku di dalam hidup kita, menjadikan kita lebih tabah.

Kepada umat Islam, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Mohon kemaafan sekiranya ada paparan yang melukakan hati.

No comments: