Nampaknya era IT ini, jumlah kad raya yang diterima makin berkurangan dari setahun ke setahun. Tahun ini langsung tak terima satu pun.
Orang sekarang cuma menghantar sms dan email kad raya. Mudah, ucapan yang sama dapat dihantar ke beberapa orang sekaligus.
Teringat dulu-dulu, sebelum raya dah sibuk beli kad raya. Beli stem, tulis ucapan dan hantar. Rasanya lebih bermakna kerana ianya sentuhan peribadi. Siap tulis di atas sampul surat 'terima kasih Encik Posmen '. Namun kini segalanya dah berubah. Bukan sahaja kad raya digital, malahan kad ucapan hari jadi dan pelbagai kad boleh didapati diinternet dan dihantar melalui email sahaja.
Tentu Pos Malaysia, makin kurang kesibukannya disebabkan kad dan surat menyurat banyak menggunakan perkhidmatan internet. Harga setem dan kad yang meningkat mungkin salah satu sebabnya.
Buat semua blogger, saya ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri'. Maaf Zahir Batin. Semoga bergembira berkumpul dengan keluarga meraikan hari yang berbahagia ini.
No comments:
Post a Comment