Saturday, August 13, 2011

SENYUM


Senyum

Dunia akan lebih ceria kalau dihiasi dengan senyuman, apalagi senyuman ikhlas yang datang dari hati.

Bayangkan anda terpaksa menunggu berjam-jam di bank, imigresen, supermarket, pejabat kerajaan. Dan bila tiba giliran, kita disambut dengan mesra, penuh sopan dan senyuman

Pastinya stres kita lenyap.

Saya tidak faham mengapa orang sekarang kedekut senyuman. Bukannya kena bayarpun.

Apalagi kalau anda bertugas dikaunter melayan pelanggan. Ingatlah pelanggan bukan membebankan anda. Sebaliknya pelangganlah yang memberi keuntungan kepada syarikat anda dan anda mendapat faedah darinya.

Bagi 'goverment servant', berilah layanan dan khidmat mesra kepada kami. Kalau anda stres, kami lebih stres melihat muka anda yang masam.

Sepatutnya pekerja yang berada dikaunter melayani pelanggan dipilih dari mereka yang dilatih untuk menangani situasi dan mempunyai sikap positif.

Senyumlah, dunia akan senyum bersama anda!!

No comments: