Thursday, August 18, 2011

KESEDIHAN


Kesedihan

Semalam menghadiri upaca perkebumian anak teman yang meninggal akibat kanser.

Hiba hati melihat kesedihan si ibu yang baru kehilangan anak tercinta. Kata si ibu, anak lelakinya menderita kanser sejak mula-mula mengetahui pada tahun 2008. Baru berusia 29 tahun dan mempunyai anak kecil berusia 4 tahun. Pelbagai rawatan dan pembedahan dijalani, namun tidak berhasil. Si ibu mencuba sedaya upaya membawanya menjalani setiap rawatan tanpa berputus asa.

Namun, saat-saat akhirnya walaupun kesakitan dan terpaksa disuntik dengan morphin setiap 4 jam, dia masih sedar keadaan keliling. Adik-adik bergilir menjaga si abang, disamping ibu dan bapa. Permintaan akhirnya adalah supaya ibu dan adik beradik menjaga anak kecilnya. Katanya pada ibunya, lepaskanlah dan bebaskannya. Selepas tidak berapa lama, dia pun menghembus nafas terakhir.

Begitulah kisah ketabahan seorang ibu. Isterinya warganegara asing, meninggalkannya sewaktu sakit cuma pulang 3 hari sebelum kematiannya. Ibunya tetap bersama sehingga akhir hayatnya.


No comments: