Telur ~ bagus untuk Anda
Telur membantu mata kita
Kebaikan - telur
Menurut satu kajian, sebiji telur sehari dapat menghalang ‘macular degeneration’ (penyakit retina berkaitan usia yang mengakibatkan hilang penglihatan) terima kasih kepada kandungan nutrien ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’ nya. Penyelidik mendapati bahawa mereka yang makan telur setiap hari menurunkan risiko pembentukan katarat.
Telur adalah penuh Protein.
Sebiji telur mengandungi 6 gram protein berkualiti tinggi dan semua 9 jenis asid amino yang diperlukan. Tambah pula, telur adalah antara satu dari beberapa makanan yang mengandungi Vitamin D.
Telur adalah punca terbaik ‘Choline’.
Nutrien ini melaraskan otak, system saraf pusat dan kardiovaskular dan dikaitkan dengan pengurangan keradangan di dalam tubuh.
Telur adalah berkolesterol rendah
Satu kajian di USDA menunjukkan telur sebenarnya 14 peratus rendah kolesterol bertentangan dari anggapan umum. Namun jika anda masih ingin turunkan kolesterol anda, gunakan hanya putih telur. Putih telur tidak mengandungi kolesterol. Atau gunakan telur bebas kolesterol sebagai ganti. Makan sebiji telur sehari selaras dengan panduan diet, yang mengesyorkan pengambilan terhad kolesterol kepada 300 mg sehari.
Telur Mengekalkan Kecantikan Anda
Telur mengalakkan rambut dan kuku sihat, disebabkan kandungan sulphur yang tinggi dan konsentrasi vitamin dan mineralnya.
No comments:
Post a Comment