Ini catatan dalam diari saya dahulu, begitu pantas masa meninggalkan kita.
Gelang Mutiara
Gelang Mutiara
Pagi tadi menghadiri mesyuarat di JPP kemudiannya menyusul ke ofis pemaju. Selepas itu, baru ku sedari bahawa rantai gelang mutiara tanganku tercicir. Walaupun tidak mahal tetapi gelang yang dilengkapi rantai satu set itu membawa pengertian yang mendalam kepadaku.
Lantas tercari-cari di restoran, kemudiannya kembali ke ofis pemaju. Temanku maklumkan bahawa semasa di ofisnya, dia tak nampakpun rantai gelang kupakai. Bererti gelang itu mungkin tercicir di JPP. Lantas ku berusaha untuk menjejaki ke situ semula.
Hairan juga kali ini, aku coolje. Mungkin kerna aku redha ke atas yang berlaku. Bagiku kiranya sesuatu itu milik kita pastinya kita akan memperolehinya kembali. Begitu juga sebaliknya. Pagi tadi ketika memakainya, gerak hati & minda ni ada menunjukkan kemungkinan gelang itu akan tercicir....
Pengalaman masa lepas mengajarku begitu. Aku dah masak dengan situasi yang sebegitu.
Ahh.. sedangkan sesuatu yang benar-benar aku sayangi dahulu pun boleh diragut oleh insan lain dalam sekelip mata.
Ajaibnya ketika ku pulang kerumah, temanku menelefon. Dia memberitahu bahawa temannya ada ternampak pengawai JPP menjumpainya. Jumaat ini aku boleh mengambilnya kembali.. Alhamdulillah..
Nah... itu yang tadi ku perkatakan.. Ternyata ianya benar. Sesuatu yang rasanya sukar ditemui kembali, kita ketemu kembali.. kiranya ianya milik kita yang hakiki.

No comments:
Post a Comment