'Mati Itu Pasti'. Begitulah, ajal maut ditangan Tuhan. Walau sekaya mana anda, sekiranya sudah tiba waktunya, anda tidak dapat menolaknya.
Sejak tahun lalu, selepas mendengar ceramah oleh pegawai Amanah Raya Berhad di Hotel Equatorial yang dianjurkan oleh PNB, hati ini tergerak untuk segera membuat wasiat. Namun kerana banyak kemusykilan yang belum terjawab, hasrat itu terus tertunda. Waktu itu, sukar menghubungi ARH cawangan Pulau Pinang, kerana telefon jarang dijawab. Saya ada mendaftar di dalam talian ARB, namun tidak meneruskan hasrat kerana banyak persoalan yang perlu ditanya. Kerana kesibukan tugas pejabat dan harian, sesuatu yang penting tidak diberi perhatian.
Saya teringat kata-kata pegawai yang memberi ceramah tentang wasiat. Katanya jangan kita hendak ke syurga namun membiarkan yang masih hidup dalam 'neraka'. Maksudnya membiarkan waris dan ahli keluarga bergaduh sesama sendiri. Kerana harta peninggalan kita mungkin menjadi rebutan. Juga ditunjukkan keratan akhbar yang mana si ibu disuruh junjung Quran oleh anak-anak lantaran tidak puas hati tentang harta arwah si ayah. Macam-macam boleh terjadi, saban hari kita membaca tentang kekalutan manusia kerana harta.
Berikut adalah petikan dari website ARH yang memberi kita penjelasan tentang wasiat
Klik sini untuk ke laman ARH :- http://www.arb.com.my/bm/index.asp
Apa itu Wasiat
Jumaat lalu saya ke pejabat Amanah Raya Berhad cawangan Pulau Pinang untuk membuat wasiat.
Sebelum itu Borang JPP004/D1(S4/2008) yang saya ambil terdahulu telah diisi dan senarai semak dokumen-dokumen yang dikehendaki ( 2 salinan ) telah saya buat. Setelah mengisi sepenuhnya dokumen dengan bantuan pegawai yang bertugas, saya membayar RM350 untuk fee penyediaan wasiat.
Saya dimaklumkan bahawa segala dokumen akan dihantar ke KL dan draf wasiat akan dihantar dalam masa 2 minggu kepada saya untuk semakan dan pengesahan sebelum wasiat sebenar disediakan.
Bila difikirkan, bukannya susah sangat. Sesuatu penting kita abaikan, walhal penyediaan wasiat akan memudahkan waris kita untuk menuntut apabila kita tiada kelak.
05-01-2012 Menerima draft melalui email dari Amanahraya KL.
18-01-2012 Menerima panggilan dari Amanahraya Penang untuk menandatangani wasiat.
15-02-2012 Email untuk bertanyakan kadar fee pentadbiran yang dikenakan.Sejak tahun lalu, selepas mendengar ceramah oleh pegawai Amanah Raya Berhad di Hotel Equatorial yang dianjurkan oleh PNB, hati ini tergerak untuk segera membuat wasiat. Namun kerana banyak kemusykilan yang belum terjawab, hasrat itu terus tertunda. Waktu itu, sukar menghubungi ARH cawangan Pulau Pinang, kerana telefon jarang dijawab. Saya ada mendaftar di dalam talian ARB, namun tidak meneruskan hasrat kerana banyak persoalan yang perlu ditanya. Kerana kesibukan tugas pejabat dan harian, sesuatu yang penting tidak diberi perhatian.
Saya teringat kata-kata pegawai yang memberi ceramah tentang wasiat. Katanya jangan kita hendak ke syurga namun membiarkan yang masih hidup dalam 'neraka'. Maksudnya membiarkan waris dan ahli keluarga bergaduh sesama sendiri. Kerana harta peninggalan kita mungkin menjadi rebutan. Juga ditunjukkan keratan akhbar yang mana si ibu disuruh junjung Quran oleh anak-anak lantaran tidak puas hati tentang harta arwah si ayah. Macam-macam boleh terjadi, saban hari kita membaca tentang kekalutan manusia kerana harta.
Berikut adalah petikan dari website ARH yang memberi kita penjelasan tentang wasiat
Klik sini untuk ke laman ARH :- http://www.arb.com.my/bm/index.asp
Apa itu Wasiat
Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.
Syarat-syarat
Wasiat Islam
- Pembahagian harta boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui faraid.
- Hanya satu pertiga (1/3) daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwasiatkan. Dua pertiga (2/3) daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.
- Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga (1/3) sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.
Wasiat Bukan Islam
- Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
- Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958.
Jumaat lalu saya ke pejabat Amanah Raya Berhad cawangan Pulau Pinang untuk membuat wasiat.
Sebelum itu Borang JPP004/D1(S4/2008) yang saya ambil terdahulu telah diisi dan senarai semak dokumen-dokumen yang dikehendaki ( 2 salinan ) telah saya buat. Setelah mengisi sepenuhnya dokumen dengan bantuan pegawai yang bertugas, saya membayar RM350 untuk fee penyediaan wasiat.
Saya dimaklumkan bahawa segala dokumen akan dihantar ke KL dan draf wasiat akan dihantar dalam masa 2 minggu kepada saya untuk semakan dan pengesahan sebelum wasiat sebenar disediakan.
Bila difikirkan, bukannya susah sangat. Sesuatu penting kita abaikan, walhal penyediaan wasiat akan memudahkan waris kita untuk menuntut apabila kita tiada kelak.
05-01-2012 Menerima draft melalui email dari Amanahraya KL.
18-01-2012 Menerima panggilan dari Amanahraya Penang untuk menandatangani wasiat.
21-02-2012 Menerima email berhubung dengan kadar fee pertadbiran yang dikenakan :
Kadar fi pentadbiran yang dikenakan oleh Amanahraya adalah seperti berikut:
4% ke atas RM25000.00 yang pertama
3% ke atas RM225000.00 yang berikutnya
2% ke atas RM250000.00 yang berikutnya
1% ke atas RM500000.00 yang berikutnya
0.5% ke atas baki yang selebihnya.
No comments:
Post a Comment