Di era cyber ini, saya tidak ketinggalan untuk menikmati kemudahan yang ditawarkan online. Yalah saya boleh membeli tanpa keluar dari rumah. Saya boleh bayar bil tanpa perlu berbaris panjang. Malahan banyak perkara yang dapat saya buat tanpa membuang masa dibandingkan 20 tahun dulu. Saya dapat berbuat demikian, dengan menggunakan komputer, komputer riba di dalam rumah ataupun di pejabat. Ataupun dengan smartphone. Malahan anda dapat membeli produk dari luar negara dengan hanya menekan papan kekunci. Untungnya orang muda zaman sekarang!
Namun saya amat berhati-hati bila berurusan dalam talian. Apalagi yang melibatkan wang ringgit. Maklum sahaja zaman sekarang, ada manusia yang ingin kaya dengan senang iaitu dengan cara menipu. Yang otak geliga tetapi menggunakan kepintaran untuk menipu di alam maya. Saban hari kita membaca di akhbar baik berita dalam negeri mahupun luar negara, penipuan cyber berleluasa. Semakin banyak urusan dalam talian, semakin tinggilah risikonya.
Saya terbaca tip untuk mengelakkan penipuan dan membeli dalam talian dengan selamat, yang ingin saya kongsikan :-
Tips untuk membantu Anda Membeli secara dalam talian (online) dengan selamat
Beli dari komputer yang dilindungi. Komputer yang tidak dilindungi oleh perisian keselamatan sepenuhnya adalah lebih terdedah kepada ‘malware’. Jika tidak, semua data yang dimasukkan atau yang dihantar dari komputer adalah berisiko – termasuk segala identiti dan informasi peribadi, nombor kad kredit dan akaun bank.
Beli menggunakan sambungan dari talian yang dilindungi. Data adalah dalam risiko semasa dihantar sekiranya ‘penceroboh’ mengawal rangkaian atau menggunakan perisian paket jejak.
Sentiasa, cari simbol ‘kunci’ hijau HTTPS di dalam alamat imbas Window anda apabila menjalankan pembelian dalam talian. Pastikan anda semak semula sebelum memasukkan informasi peribadi.
Guna penjual yang boleh dipercayai. Sebarang laman web boleh diserang oleh penggodam, namun dengan menghadkan pembelian anda kepada penjual yang telah mantap dan dipercayai juga menghadkan risiko anda.
Jangan terpedaya dengan deal yang "too-good-to-be-true" ~ yang rasa sukar dipercayai. Saya selalu ingatkan pada diri “if its too-good-to-be-true then it’s not true”. Terlalu banyak deal yang ditawarkan di terlalu banyak laman web. Ada yang menggunakan kesempatan untuk menawarkan harga yang terendah dan tentunya ada mangsa yang terperangkap dalam deal ‘palsu’. Baca penulisan saya di :- http://dreamsversusrealities.blogspot.com/2011/11/awas-tertipu-oleh-salon-ini.html
Rancang dan jangan tergesa-gesa. Serangan cyber sekelip mata/sesaat untuk berlaku ~ kekadang apa yang perlu cuma klik ke suatu email pautan. Justeru itu berwaspada. Pastikan anda di laman web yang betul.
Selalu Semak kad kredit dan penyata bank. Sekiranya anda mendapati ada transaksi yang dicatatkan tidak selaras dengan pembelian anda, akaun anda mungkin terjejas . Segera menghubungi bank anda.
Guna kata laluan dan informasi log masuk yang unik untuk setiap laman web yang anda kunjungi. Memang benar, adalah sukar untuk mengingati semua kata laluan tersebut. Namun sekiranya salah satunya dicuri, penyangak cyber akan cuba menggunakannya untuk website lain.
Kata laluan sepatutnya sepanjang mungkin dan mengandungi campuran karektor, nombor dan simbol
Sekiranya anda membeli dari tablet atau smartphone, guna app penjual yang boleh dipercayai dan bukannya dari pelayar Web. Penjual mempunyai lebih kawalan menggunakan ‘apps’ sendiri dibandingkan dengan pelayar mobile, yang selalunya tidak memaparkan alamat web laman yang mana anda berikan informasi kad kredit anda.
Jangan pasang perisian dari pautan laman web atau kod di peranti mobile anda . Perisian dari lokasi selain dari ‘stor’ rasmi peranti anda seperti as Apple's iTunes Store atau Android Market, mendedahkan anda kepada risiko penipuan.
Selalu mengemaskini perisian ‘Anti Virus’ yang dipasang di computer anda yang digunakan untuk transaksi dalam talian
Bayar menggunakan kad kredit atau Paypal atau laman bayaran yang berkredibiliti ~ dapatkan kad kredit khusus untuk gunakan untuk transaksi dalam talian sahaja.
3 comments:
Thank you for the tips..SAAANGAT membantu..sebab saya ni online shopper yang tegar,hehe.. ;D
saya tak pernah beli secara online tapi tips ni amat berguna untuk saya suatu hari nanti
good tips..
DotA.orG.Uk
Post a Comment