Thursday, December 22, 2011

Kemaafan

Kita perlu mempunyai kefahaman mengenai kemaafan.  Dari sini, baru kita dapat pelajari bagaimana ianya dipraktikkan, bagaimana kita dapat memaafkan diri sendiri dan orang lain.

Kemaafan adalah melepaskan segala penderitaan dan pengkhianatan, membebaskan beban kesakitan dan kebencian yang kita tanggung.
Adalah sukar untuk membayangkan dunia tanpa kemaafan. 
Tanpa kemaafan hidup kita umpama dirantai, dipaksa untuk membawa beban penderitaan di masa lampau dan mengulangi .
Kemaafan bermula dari dalam diri kita.  Kita mungkin masih menderita dari  masa lampau  namun orang yang mengkhianati kita sekarang  bergembira .  Adalah teramat sakit untuk membenci.  Tanpa kemaafan kita masih berilusi bahawa kebencian dapat menyembuhkan kesakitan kita dan orang lain.  Dalam kemaafan, kita membebaskan perasaan kemarahan, kebencian dan  akhirnya kita akan menemui  ketenangan di hati.
Ingatlah :-
Kemaafan bukan bererti kita lemah atau naïf

Kemaafan memerlukan keberanian dan  kejelasan minda, ianya bukan naïf.  Manusia selalu tersilap mempercayai bahawa kemaafan hanya  dengan ‘ Maafkan dan Lupakan’  kesemuanya sekaligus.
Kemaafan tidak berlaku dengan cepat.
Bagi ketidakadilan yang terlampau,  kemaafan memerlukan tempoh masa yang lama, proses marah, geram, benci, sakit, kehilangan dan kelukaan.  Luka yang parah memerlukan masa yang lama untuk sembuh apalagi luka di hati yang tidak kelihatan.
Kemaafan adalah kekuatan.  Apabila kita memaafkan, kita dapat juga berkata ‘ Saya tidak akan membiarkan perkara begini berlaku lagi di dalam hidup saya’.
Namun, kadang kala , adalah lebih baik untuk mengakhiri  hubungan, tidak bertegur sapa dengan orang yang melukakan hati atau mendatangkan kemusnahan dalam hidup kita.
Adalah mudah untuk berkata kita memaafkan orang lain.  Namun kiranya hati belum lagi bersedia berbuat demikian, maka kita tidak dapat memaksa diri.  Kita tidak dapat menipu diri sendiri.  Hanya masa akan menentukannya.

Memikirnya pengkhianatan dirinya sahaja sudah cukup untuk menyakiti hati ini.  Apalagi mengingati segala perbuatannya yang membuat diri menderita begitu lama.  Memusnahkan impian dan meragut kebahagiaan yang dikecapi.
' I may forgive but i will not forget '.



No comments: