Thursday, June 28, 2012

Penyakit Misteri ?

Penyakit Misteri - Semua penyakit ada penawarnya, benarkah??



Anda rasa tidak sihat, anda tahu anda tidak sihat kerana memang anda dapat rasakan kesakitan itu.  Namun bila di periksa darah anda ok, tekanan darah ok, kencing ok..  Lantas doktor catatkan penyakit tidak diketahui.. Aduh frustnya.

Pagi tadi pergi klinik kerana tidak tertahan dengan kesakitan yang ditanggung.  Bila ia datang, segala-galanya menjadi serba tidak kena.  Memang sudah hampir sepuluh tahun saya menanggung masalah ini.  Namun saya cuba lupakannya dan teruskan kerja.  Malahan jarang saya mengambil MC, setakat bulan ini belum lagi satu MC yang diambil walaupun sudah setengah tahun 2012.

Beberapa kali pengsan dulu dan dimasukkan hospital, menjalani ujian MRI semuanya ok.  Namun kepala saya selalu sakit.  Saya pergi berjumpa pakar doktor.  Mungkin orang lihat saya tidur nyenyak namun hakikatnya otak saya tidak.  Kata doktor pakar, umpama orang yang parking kereta tetapi tidak matikan enjin, tentu keesokannya kereta takleh start.  Begitu juga dengan otak saya.  Jadi saya perlu makan ubat untuk tidur lena.  Xanax atau Alprazolam. Sudah beberapa tahun mengambil ubat ini dan cuba kurangkan dosnya. Ubatnya bukan murah dan hanya boleh didapati dengan preskripsi dari doktor sahaja.

Namun akhir-akhir ini, sakitnya menyucuk dari tapak kaki ke seluruh badan.  Rasa seperti kebas di sebelah kepala. Bahagian bawah tengkuk dan belakang sakit. Anehnya semua kesakitan bertumpu di sebelah kanan badan.  Sentiasa ada rasa seperti  kejutan elektrik, kepala menyucuk-yucuk.  Mood jadi tidak baik dan semua serba tidak kena bila ianya menyerang.  Pada zahirnya, orang tidak akan percaya bila saya katakan saya sakit.  Kerana saya masih meneruskan kerja saya.  Rasa pening, loya, letih dan rasa yang tidak boleh diungkapkan.  Bayangkan bunyi muzik saya boleh membuat kepala saya bagi nak pecah...

Bila ke klinik kerajaan pagi tadi, doktor merujuk saya kepada doktor pakar GH P. Pinang.  Namun katanya kena dapatkan surat rujukan dari doktor pakar swasta yang saya jumpa selalu.  Bila saya telefon, jururawat jawab sambil lewa, katanya doktor Cuma tulis  sahaja, tanpa kata perlu adakan MRI.  Walau sebelum itu katanya kalau saya ingin pemeriksaan yang lebih terperinci, saya boleh ke hospitalnya dan dapatkan pemeriksaan MRI, dan lain-lain lagi yang perlu untuk mengenaipasti masalah penyakit saya.  Zaman ini rawatan juga suatu biznes.  Apalagi kalau ada insuran, hospital swasta cukup suka kalau anda anda insuran.  Saya golongan pertengahan, tidak mampu sekiranya dihujani dengan bil-bil kelak.

Sakit saya datang dan pergi.  Isnin ini saya akan pergi ke hospital Kerajaan.  Hak saya untuk mendapatkan rawatan.  Saya harap saya akan dilayan dengan baik dan mendapat jawapan kepada persoalan yang saya cari.  Apa yang tidak kena dengan saya? Sakit apa sebenarnya.  Sehingga  mendapat jawapannya, ianya akan tetap menjadi misteri…



No comments: