Indah Khabar Dari Rupa. Memang Tidak Berbaloi..
Sayang, resort yang sebegini indah, namun layanan yang diberikan tidak setara.
Saturday
BBQ Buffet Dinner + Ferry Transfer + Fire Show @ Jerejak Rainforest Resort
Coupon Terms :
·
At least 2 days prior reservation required
·
Multiple coupon per bill
·
Coupon valid only on Saturday (including public holidays)
·
Child 7-12 years old pay RM25 including Ferry
·
Coupon valid from 23 Apr 2012 - 23 Jul 2012
·
See Universal Terms that
apply to all Everyday Coupons.
Highlight
·
Fresh food
·
Good environment
·
Get, set, go
to Jerejak for a food outing!
·
Are you the
type of person that wonder how much fun their Saturday night can get? Wonder no
more! Food has played a very important role in my life, and everyone who knows
me knows I can eat a lot despite my size. If I could, I would eat out in a
buffet and they'll have me as their loyal customers, and it gets better if I
bring along my hungry friends too! This offer is dedicated to hungry people
like me and you, Jerejak Rainforest Resort's Saturday night buffet -
nothing like getting close to nature, listening to the chirping birds and
grabbing a few platefuls of meat and vegetables. Only for RM29
per person, now you don't have to worry about Saturday night plans because
Jerejak will be waiting for you! Alright!
Indah Khabar Dari Rupa.
Memang Tidak Berbaloi..
Tertarik dengan tawaran menarik dari http://www.everyday.com.my dan peluang untuk
menjelajah dan melangkah ke Jerejak Rainforest Resort, maka saya pun membuat
cadangan kepada rakan-rakan sekerja serta famili untuk menikmati pemandangan
dan makanan segar di situ seperti diwawarkan.
Peluang keemasan ini tidak kami lepaskan, dan saya selaku perancang
terus membeli 17 kupon yang berharga RM29.00 seorang (dewasa). Kami menetapkan 02 June 2012 disebabkan ianya
jatuh pada cuti Hari Keputeraan Agung dan cuti sekolah. Saya menelefon resort berkali-kali untuk
memastikan tempahan kami dicatatkan dalam jadual mereka.
Tiba hari yang ditetapkan, saya bersama rakan-rakan dan anak mereka
teruja menunggu feri untuk ke resort tersebut.
Kami menaiki feri pukul lebih kurang 6.30 petang dan tiba hampir
7.15. Selepas berjalan-jalan ke resort,
kami pun sampai ke Restoran Santapan.
Tiba di situ kelihatan sekumpulan ahli gereja yang mungkin
mengadakan seminar disitu sedang menikmati buffet di bahagian dalam restoran
Santapan yang dipisahkan kaca antara ruang dalam yang berhawa dingin dan ruang
luar yang terbuka.
Memandangkan buffet dijadualkan bermula 7.30 malam, saya pun
memasuki ruang dalam dan bertanyakan penyelia samada buffet sudah bermula dan
makanan yang telah dihidangkan disitu adalah juga untuk kami yang membeli
kupon. Lantas jawabnya, buffet bermula
selepas 7.30 dan makanan akan didapati diluar ( ruang terbuka ).
Berhubung dengan tempat duduk pula, kami diberi tempat duduk di ruang terbuka nun
dihujung. Lampu tidak menyala dan kipas
pun dah rosak. Selain dari kami,
terdapat lebih kurang 20 lebih orang berada di ruang terbuka. Terdengar rungutan yang sama dari
mereka. Saya jangka mereka ini juga
membeli kupon seperti kami. Apakah
kerana kami membeli kupon dengan harga diskaun, maka layanan yang diberikan
juga kelas kedua??
Pada mulanya kami dengan sabar menunggu, namun sehingga 8.30 malam,
tray diluar masih belum disi makanan, walaupun pekerja sudah mulai membakar
barbeku. Kelihatan kumpulan disebalik
kaca sedang rancak menikmati makanan mereka.
Kumpulan di tepi kami sudah hilang sabar dan memasuki ruang berhawa
dingin untuk mengambil makanan. Bila
melihat keadaan begitu, barulah rakan-rakan saya turut masuk ke situ untuk
mendapatkan makanan. Bukan sahaja
makanan yang dihidangkan sedikit variati sahaja, kebanyakannya sudah habis. Buah-buahan pun habis dimakan oleh kumpulan
dalam sebelum kami sempat menikmatinya.
Yang diisi semula berkali-kali adalah nasi goreng (nasi goreng cili dan
sedikit kobis).
Bila saya nampak penyelia tadi, terus saya tanya mana makanan yang
sepatutnya dihidangkan di tray luar seperti yang dikatakannya sebelum itu? Dan
bolehkah saya mengambil makanan dari dalam, sekarang katanya boleh pula. Masalahnya makanan sudah habis, dan lambat
diisi semula dan ada yang tidak diisi.
Lebih menyakitkan hati adalah, air sejuk kosong tidak
dihidangkan. Bila kita bertanya pada
pelayan di situ katanya kalau hendak air sejuk/putih, beli mineral. Hah??
Setahu saya hotel lima bintang pun bagi air kosong percuma. Lainlah kalau kita minta air jus.. Alahai tak masuk akal betul. Katanya ada air teh dan kopi yang
dihidangkan. Bukankah air teh atau kopi
lebih mahal berbanding dengan air kosong? Takkanlah kanak-kanak dan bayi nak
suruh minum kopi. Itupun air teh dan
kopi habis, dan setiap kali terpaksa meminta
mereka untuk mengisinya semula.
Berbalik pula, cerita pasal berbeku.
Sosej hitam melegam. Ikan cencaru
bakar, namun air asam habis, tak diisi semula.
Ikan bakar separuh masak pula tu.
Tak nampak pun bayang udang
seperti yang ditunjukkan dalam gambar promosi. Yang ada kambing, ayam.. entahlah ada daging
lembu tak, sebab fed up terpaksa beratur dengan perut yang kosong. Yang lebih teruk, sate ayam pun dah rasa
masam dalamnya… Nasib baik tak sakit
perut bila balik rumah. Manalah ada
selera nak makan kalau begini.
Rakan-rakan saya semuanya merungut.
Sayalah yang paling segan kerana saya yang mencadangkan dan mengesyorkan
tempat ini. Saya tidak faham kerana
awal-awal lagi kami sudah menempah dan mereka sudah menjangkakan kehadiran
kami. Lainlah kalau kami tetamu tak diundang
yang datang mengejut. Ini jelas
membuktikan ketidakprofesional mereka yang menguruskan buffet ini. Kelam kabut melihat staf disitu bekerja. Rajin namun tiada perancangan dan ketua yang
mengarahkan dan memastikan semuanya berjalan lancar
Nasib baik ada pertunjukan api, sekurang-kurangnya terhibur hati budak-budak
yang dibawa bersama.
Macamana hendak menarik pelancung dari luar sekiranya layanan begini
yang diterima. Atau kerana kami orang
tempatan atau membeli dengan harga diskaun, kami sepatutnya menerima
perkhidmatan seperti ini?? Bukankah tujuan mengadakan promosi adalah untuk menarik pelanggan ke resort ini ?Tapi kalaulah masakan dan perancangan sebegini, rasanya tujuan menarik pelanggan tidak akan kesampaian namun sebaliknya.
Sayang, resort yang sebegini indah, namun layanan yang diberikan tidak setara.
Sebenarnya saya jarang memberi review yang negatif, tapi kes ini
memang terukkkk….
Dengan harga RM29 seorang, kami boleh dapat makanan laut yang lebih
segar dan pastinya sedap di Tambun.
Inilah kali pertama dan terakhir, saya dan rakan-rakan akan
menjejakkan kaki ke situ.
Rasa bersalah melihat kehampaan di wajah rakan-rakan yang turut sama kesitu.
Rasa bersalah melihat kehampaan di wajah rakan-rakan yang turut sama kesitu.
No comments:
Post a Comment