Saturday, June 23, 2012

Produk Himalaya – Merungkai rahsia Ayurveda



Pelawaan anak gadis saya untuk menemaninya menghadiri acara ‘Himalaya Blogger’ di cawangan terbaru Himalaya yang terletak di Queensbay Mall  Pulau Pinang pada 14 June 2012 lepas,  mengingatkan saya kepada jenama produk ini.  Satu ketika dulu saya pernah membeli syampu, kondisioner, scrub muka dan mask untuk kegunaan saya sekeluarga. 

Kami berdua pasangan ibu/anak yang pertama tiba di acara itu tepat pukul 7 malam.  Kami disambut mesra oleh Cik Cynthia Loh, pembantu pengurus produk Himalaya dan diberi penerangan terperinci oleh staf-staf yang ramah.  Tidak lama kemudian, ramai blogger tiba di salon/kedai dan memenuhi setiap ruang di situ.  Kelihatan wartawan dan blogger yang sibuk mengambil gambar.

Saya dipelawa untuk menjalankan analisis rambut.  Hasilnya amat memuaskan, apa tidaknya keadaan  kulit kepala saya yang berusia 40an adalah lebih baik dibandingkan keputusan analisis yang dijalankan ke atas anak muda selepas saya. 

Himalaya menghasilkan rangkaian produk penjagaan peribadi dan keperluan kesihatan yang serba lengkap.  Dari rangkaian penjagaan rambut, kulit muka dan keseluruhan badan, Himalaya juga menghasilkan rangkaian herba tulen dan semulajadi berlandaskan kajian Ayurveda dan kebaikannya.  Maklum sahaja, kecantikan luaran terpancar sekiranya tubuh dalaman kita sihat.
Rangkaian penjagaan muka

Rangkaian syampu rambut

Rangkaian herba kesihatan



Saya tertarik dengan rangkaian ORGANIQUE yang diperbuat dengan bahan-bahan organik yang disahkan. Rangkaian ini merangkumi penjagaan seluruh badan.  Mata saya tertumpu pada produk minyak urutnya iaitu Rejuvenating Massage Oil dan Stress Free Massage Oil.  Memilih antara 2, akhirnya saya membeli Rejuvenating Massage Oil kerana saya mengemari baunya.  Oleh kerana saya gemar pergi mengurut setiap hujung minggu, pastinya minyak ini dapat membantu kerana ianya tidaklah begitu berminyak, mudah diserap kulit badan dan dapat digunakan juga sebagai pelembab selepas mandi.  Minyak ini adalah campuran minyak Sweet Almond, Lemon, Peppermint, Spearmint dan Coconut.  Istimewanya saya dapat membelinya dengan harga 20% diskaun, disamping mendapat ‘door gift’.

Rangkaian produk organik - ORGANIQUE

Rejuvenating Massage Oil


Produk Himalaya diimport dan diedarkan oleh Embun Elit Sdn Bhd dan boleh didapati di kebanyakan pasaraya terkenal dan farmasi, selain dari salon Himalaya seluruh Negara.

Untuk maklumat selanjutnya, layari laman web HIMALAYA atau Facebook.com/Himalaya atau hubungi talian Pelanggan di 03 – 79567012.H

Sudah seminggu menggunakan cecair mandian Nourishing Cream & Honey Body Wash ( untuk kulit kering ) Pertama kali menggunakannya, saya sudah mulai menyukainya.  Selain dari baunya yang harum semulajadi, ia juga melembapkan kulit, disamping membersihkannya.  Saya dapat rasainya perbezaannya berbanding dengan jenama lain.






No comments: