PM: Syarikat
akan dapat 100% rebat cukai bagi perbelanjaan mengadakan acara Hari Keluarga.
KUALA LUMPUR: Syarikat Sektor swasta akan mendapat 100% rebat cukai ke atas perbelanjaan mengadakan sambutan Hari Keluarga 1Malaysia sempena sambutan peringkat nasional pada November tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang menerajui Kementerian Wanita, Keluarga dan
Pembangunan Komuniti pada April lalu, telah mengumumkan di Parlimen Isnin ini,
berkata ini adalah sebahagian dari langkah kementerian untuk mengukuhkan
institusi kekeluargaan.
“Saya gembira
untuk mengumumkan bahawa bulan November telah ditetapkan untuk sambutan Hari
Keluarga 1Malaysia peringkat nasional tahun ini.
Syarikat swasta yang mengadakan acara untuk meraikan
sambutan ini akan diberi 100% rebat ke atas kos perbelanjaan acara tersebut,”
katanya, apabila menjawab soalan yang dikemukakan oleh
Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) di Parlimen,
Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) di Parlimen,
Sumber berita : petikan dari http://thestar.com.my
Wow, ini berita gembira. Apa tidaknya,
kali ini, bolehlah saya gunakan sebagai ‘modal’ untuk menyakinkan boss saya untuk
mengeluarkan perbelanjaan untuk percutian staf-staf di pejabat. Harap-harap pujukan berhasil. Alah.. cuti-cuti Malaysia pun jadilah. Sekurang-kurangnya staf-staf semua dapat
pergi bersama dengan keluarga dan bergembira.
Kalau asyik kerja saja, tiada ganjaran percutian tentu semuanya tiada semangat. Sebenarnya staf-staf di pejabat semuanya
rajin-rajin belaka, yang ada curi tulang tu pun seorang dua sahaja. Biasalah…
Beberapa tahun dahulu, kami pernah bercuti di Genting Highland
di sponsor oleh boss. Berbuih mulut
memujuk boss kononnya semua orang berminat nak ke situ. Sememangnya staf semua berminat betul. Tentulah kalau perbelanjaan ke situ
ditanggung. Namun yang lecehnya, boss
tidak mahu memaksa mereka yang tidak minat ke situ. Dan dia memberi pilihan, sesiapa yang tidak
turut sama akan diberi wang sebagai ganti.
Apalagi, ada yang dah berubah
fikiran dan ingin mengambil wang. Lantas
kata boss, memang betul bukan semua yang berminat. Marah sungguh saya ketika itu kerana ada staf
yang tidak sepakat walhal saya yang memberanikan diri untuk mencadangkan kepada boss. Akhirnya kami
beramai-ramai nak bas ke Genting Highlands bersama keluarga masing-masing. Dan kami berseronok disitu. Kisah itu sudah lama berlalu.
All work and no play makes Jack a dull boy is a proverb. It means that without time off from work, a person becomes both bored and boring. |
Setiap kali dicadangkan, boss kata lebih baik bagi bonus. Saya kata bonus adalah ganjaran hujung
tahun. Percutian sekeluarga, beriadah
bergembira, membuat staf lebih teruja untuk terus menyumbang dan menjadikan
syarikat lebih berdaya saing dan maju. Segala penat lelah yang disumbangkan rasa berbaloi..
No comments:
Post a Comment