Bila Kereta Anda
DiCuri, Apa Anda Buat???
Apa perasaan anda apabila anda tiba di tempat anda letak kereta tetapi bayang kereta pun tak kelihatan?? Tentu terkejut beruk dibuatnya.
Begitulah yang terjadi kepada anak lelaki kedua saya 2 minggu lepas. Bila didapati kereta Proton Satrianya sudah tiada, bukan main frust dan geram dirinya. Apa lagi dimarahi pula dengan saya. Bayangkan keadaan apartment yang memang tiada tempat parking yang mencukupi, terpaksa park di tepi susur jalan.
Baru 3 bulan dia membeli kereta itu dari abang sulongnya. Ditambah dengan 2 seat yang berharga ribuan dan stereo kereta yang canggih di dalamnya. Rim pun bukan murah. Tentu sakit hatinya. Mula dia pergi buat lapuran polis, namun diberitahu dia tidak dapat berbuat demikian kerana tiada geran kereta. Aparah polis ni.. geran kereta memang bukan ada dengan kita, ada dengan bank. Takkan polisi insuran tak memadainya. Kali kedua ke balai polis lain barulah dia dapat buat repot. Bukan apa, takut keretanya yang dicuri itu digunakan untuk membuat perkara yang menyusahkan kita, nanti kita pula yang tertuduh, walhal kereta dah dicuri. Itulah sebabnya repot polis perlu dibuat secepat mungkin. Ianya juga kelak diperlukan untuk tuntutan insuran.
2 hari lepas, anak saya mendapat panggilan telefon dari balai polis memaklumkannya, kereta dah dijumpai. Kereta itu ditinggalkan ditepi jalan di Telok Air Tawar dan dijejaki polis apabila mereka hendak menyaman kereta yang sudah ditinggalkan selama 2 hari disitu. Habis semua part diambilnya. Tapi nasib baik juga enjin ditinggalkan. Yang pastinya anak saya dalam kerugian.. Kata polis,
seminggu sebelum itu dilokasi yang hampir sama, juga terjadi kes kereta curi ditinggalkan
selepas barang-barang didalamnya digagau oleh penyangak yang tak
bertanggungjawab. Yang ini lebih malang kerana enjin pun dikebas oleh geng-geng
pencuri tu.
Saya berpendapat tentu ada sindiket yang berleluasa diluar sana yang giat menjalankan kegiatan yang tidak bermoral ini. Susah-susah orang bayar bank untuk memiliki kereta, senang-senang sahaja mereka mencurinya. Kalau pihak polis benar-benar hendak menangkap mereka, mulai dengan menyiasat kedai menjual ‘spare part’ kereta. Saya yakin tentu mereka yang dah mencuri kereta dan mengambil ‘parts’ yang mahal tu perlukan pembeli. Bak kata orang ‘pembeli dan penjual’ saling memerlukan.
Jadi setiap kali anda melangkah ke kedai kereta menjual ‘spare parts’ terpakai, baik anda berhati-hati. Mungkin anda terbeli barang curi. Kalau anda fikir tidak apa asalkan murah, anda boleh dapatkan barang tersebut, cuba bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang sama - kereta anda yang dicuri dan ‘parts’ kereta anda yang dijual..
Nampaknya ada manusia yang menggunakan kepandaian dan kemahiran dengan cara yang salah, mengaut keuntungan dengan cara yang senang.
27.09.2012 - Selepas sekian lama di workshop, akhirnya kereta anak saya disiapkan. Mujur ada insuran yang membiayai pembaikian semula keretanya. Namun pembaikian adalah kepada asalnya (basic sahaja). Tuntutan workshop kepada insuran, dengar khabar sehingga lebih RM6 ribu, namun hasilnya tidak seberapa. Anak saya perlu membeli bateri baru. Alignment kereta pun lari. Macam-macam lagi masalah walaupun baru keluar workshop. Saya telah dimaklumkan bahawa kereta yang lebih 8 tahun, barang gantinya adalah juga secondhand. Tau-taulah kalo spare part dah yang terpakai, kereta tentu ada masalah nanti. Ahh..
Apa perasaan anda apabila anda tiba di tempat anda letak kereta tetapi bayang kereta pun tak kelihatan?? Tentu terkejut beruk dibuatnya.
Begitulah yang terjadi kepada anak lelaki kedua saya 2 minggu lepas. Bila didapati kereta Proton Satrianya sudah tiada, bukan main frust dan geram dirinya. Apa lagi dimarahi pula dengan saya. Bayangkan keadaan apartment yang memang tiada tempat parking yang mencukupi, terpaksa park di tepi susur jalan.
Baru 3 bulan dia membeli kereta itu dari abang sulongnya. Ditambah dengan 2 seat yang berharga ribuan dan stereo kereta yang canggih di dalamnya. Rim pun bukan murah. Tentu sakit hatinya. Mula dia pergi buat lapuran polis, namun diberitahu dia tidak dapat berbuat demikian kerana tiada geran kereta. Aparah polis ni.. geran kereta memang bukan ada dengan kita, ada dengan bank. Takkan polisi insuran tak memadainya. Kali kedua ke balai polis lain barulah dia dapat buat repot. Bukan apa, takut keretanya yang dicuri itu digunakan untuk membuat perkara yang menyusahkan kita, nanti kita pula yang tertuduh, walhal kereta dah dicuri. Itulah sebabnya repot polis perlu dibuat secepat mungkin. Ianya juga kelak diperlukan untuk tuntutan insuran.
2 hari lepas, anak saya mendapat panggilan telefon dari balai polis memaklumkannya, kereta dah dijumpai. Kereta itu ditinggalkan ditepi jalan di Telok Air Tawar dan dijejaki polis apabila mereka hendak menyaman kereta yang sudah ditinggalkan selama 2 hari disitu. Habis semua part diambilnya. Tapi nasib baik juga enjin ditinggalkan. Yang pastinya anak saya dalam kerugian..
Saya berpendapat tentu ada sindiket yang berleluasa diluar sana yang giat menjalankan kegiatan yang tidak bermoral ini. Susah-susah orang bayar bank untuk memiliki kereta, senang-senang sahaja mereka mencurinya. Kalau pihak polis benar-benar hendak menangkap mereka, mulai dengan menyiasat kedai menjual ‘spare part’ kereta. Saya yakin tentu mereka yang dah mencuri kereta dan mengambil ‘parts’ yang mahal tu perlukan pembeli. Bak kata orang ‘pembeli dan penjual’ saling memerlukan.
Jadi setiap kali anda melangkah ke kedai kereta menjual ‘spare parts’ terpakai, baik anda berhati-hati. Mungkin anda terbeli barang curi. Kalau anda fikir tidak apa asalkan murah, anda boleh dapatkan barang tersebut, cuba bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang sama - kereta anda yang dicuri dan ‘parts’ kereta anda yang dijual..
Nampaknya ada manusia yang menggunakan kepandaian dan kemahiran dengan cara yang salah, mengaut keuntungan dengan cara yang senang.
27.09.2012 - Selepas sekian lama di workshop, akhirnya kereta anak saya disiapkan. Mujur ada insuran yang membiayai pembaikian semula keretanya. Namun pembaikian adalah kepada asalnya (basic sahaja). Tuntutan workshop kepada insuran, dengar khabar sehingga lebih RM6 ribu, namun hasilnya tidak seberapa. Anak saya perlu membeli bateri baru. Alignment kereta pun lari. Macam-macam lagi masalah walaupun baru keluar workshop. Saya telah dimaklumkan bahawa kereta yang lebih 8 tahun, barang gantinya adalah juga secondhand. Tau-taulah kalo spare part dah yang terpakai, kereta tentu ada masalah nanti. Ahh..
No comments:
Post a Comment