Remaja Perempuan Dibakar Kekasih
Masih Kritikal Selepas Pembedahan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Nurul Firzanah Mat Zaki, gadis
berusia 16 tahun yang dipercayai dibakar kekasihnya masih dalam keadaan
kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.
Nurul Firzanah sebelum itu dilaporkan
koma selepas disimbah petrol dan dibakar, dipercayai dilakukan oleh teman
lelakinya di kawasan semak berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa
Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju, selepas keluar bersahur bersama Selasa lepas.
Ekoran kejadian itu mangsa dikatakan
mengalami kecederaan di muka, dada dantangan.
Mat Zaki berkata selepas kejadian,
keluarga kenalan anaknya datang bertemu keluarganya bagi memohon maaf atas
tindakan anak lelaki mereka yang berumur 19 tahun itu, namun sebagai bapa,
katanya beliau tidak dapat menerima perbuatan yang dilakukan ke atas anaknya
itu.
"Sebagai bapa, saya tidak dapat
memaafkan perbuatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan itu," katanya.
Beliau berkata, mereka sekeluarga
tahu mengenai persahabatan di antara NurulFirzanah dengan pemuda itu dan tidak
menghalang perhubungan itu, namun tidakmenyangka perkenalan tersebut membawa
derita kepada anaknya.
Susulan kejadian itu, polis Kuala
Lumpur memulakan gerakan memburu pemuda itu.
Sebahagian petikan berita dari :- http://mstar.com.my
Nurul Firzanah kini dalam kritikal dan teman lelakinya
Mohd Amir Mohd Anuar dipercayai menyembunyikan diri dan polis kini sedang
memburunya.
Polis kini mengklasifikasi kes ini sebagai kes
cubaan membunuh.
Kejadian seperti kes bakar disebabkan cemburu di
atas merupakan kes ke ketiga dalam masa dua bulan ini.
Pada 22 Jun 2012, Chan Yee Mun 22, dibakar oleh teman
lelaki selepas pertengkaran. Dia meninggal dunia 4 hari selepas itu.
Polis menangkap teman lelakinya yang berumur 33 dan
mendakwanya atas tuduhan membunuh pada 1 Julai 2012.
Pada 29 June, P.Yoga Ambiga seorang kerani bank
diserang dan dibakar di hadapan apartmennya di Ampang.
Tiga lelaki, berumur antara 20 hingg 33, telah didakwa atas
pembunuhannya.
24
Ogos 2012 - Lelaki Disyaki Bakar Teman Wanita Ditahan : http://mstar.com.my
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa jadi dengan manusia sekarang? Dah hilang sifat kemanusiaan.
Lelaki begini sememangnya sakit mental, tiada berperikemanusiaan dan dayus.
Dek kerana cinta ditolak, hilang kesabaran dan
mengambil tindakan begini.
Kes sebegini sama juga dengan kes menyimbah asid.
Tujuan mereka adalah untuk mencacatkan rupa perempuan yang menolak cinta
mereka. Biar hodoh rupa mereka dan menanggung derita sepanjang hidup. Di minda
lelaki-lelaki ini, kalau mereka tak dapat, orang lain pun tidak boleh dapatkan
wanita idaman mereka. Betapa sikap pentingkan diri.
Kepada remaja-remaja perempuan di luar sana, buka mata
seluas-luasnya. Jangan tersalah memilih teman. Lelaki yang ada isu kawalan
kemarahan patut dijauhkan.
Kepada ibu bapa remaja perempuan, tumpu, kawal dan
beri kasih sayang pada anak-anak anda. Nasihat anak anda bila mereka tersilap.
Kepada ibu bapa remaja lelaki juga, perhatikan gerak
geri anak anda. Anda lebih kenal sikap anak anda. Namun jika anda mengabainya
dari kecil, tentu anda tidak 'mengenalinya'.
Jangan bermain 'API' nanti terbakar diri ! Amarah
cinta tak kesampaian kini memang dasyat.
Sedih membaca berita seperti ini. Orang yang hidup selepas melaluinya
akan menderita sepanjang hidup. Trauma dan parutnya akan berkekalan. Tidak
dapat saya bayangkan.
No comments:
Post a Comment