Merokok
Merbahayakan Kesihatan. Perkataan ini
jelas tertera di atas kotak rokok dilengkapi dengan imej yang mengerunkan. Namun bagi pengemar rokok, kenikmatan harus
dikecapi dahulu, penyakit yang diakibatkan tidak diendahkan. Selalunya jawapan dari perokok mudah sahaja ‘
orang yang tak hisap rokok mati juga’.
Saya
tidak suka asap rokok. Apa tidaknya,
orang yang merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan mereka namun juga turut menjejaskan kesihatan orang
sekelilingnya. Bukan itu sahaja bau
badan dan mulut perokok, memang teruk.
Harga rokok pun semakin hari semakin meningkat. Bayangkan kalau anda merokok sekotak sehari,
sebulan dah berapa? Lebih baik wang itu
dibelanjakan untuk sesuatu yang lebih menafaat diri anda.
Namun
jika anda remaja yang baru mencuba, anda mempunyai pilihan untuk berhenti. Apalagi bulan puasa, sekiranya anda mampu
menahan sehingga berbuka tanpa sebarang sedutan asap rokok, bererti anda mampu
untuk berhenti rokok perlahan-lahan.
Bagi
mereka yang sudah merokok berpuluh-puluh tahun dan tubuh anda sudah sebati
dengannya, tentu sukar untuk berhenti berbuat demikian.
Alternatifnya
adalah dengan menggunakan penapis asap rokok ZENITH - ZH 10. Saya perhatikan boss saya menggunakan ‘filter’
ini setiap kali dia merokok. Rokok diletakkan ke dalam filter dan rokok dihisap melaluinya. Filter ini
adalah keluaran Negara Jepun. Berharga
RM1.40 sekotak ( 10 filter dalamnya).
Penapis rokok micro, mampu menanggalkan 60% dari tar dan nirkotin tanpa
menjejaskan rasa rokok. Sebatang filter
boleh digunakan 5 hingga 10 kali bergantung kepada kandungan tar dan nirkotin
dalam rokok. Tetapi boss saya cuma menggunakannya 3 kali sahaja. Apa tidaknya, sekali guna pun dah nampaknya kesan asapnya. Rujuk foto di bawah :-
Penapis asap rokok Zenith |
Belakang kotak penapis asap rokok Zenith |
Sekotak RM 1.40 mengandungi 10 batang |
Saya
berpendapat sekiranya anda tidak mampu berhenti, sekurang-kurangnya anda dapat
mengurangkan kesan keburukan merokok pada diri anda.
Penapis asap rokok selepas sekali digunakan - Perhatikan kotoran hitam yang terhasil - Bayangkan apa yang ianya boleh buat pada paru-paru anda. Ini baru sebatang rokok ! |
Perbandingan sebelum dan selepas ! |
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*** Peringatan - Berhentilah Merokok Hari Ini Juga. Itu Yang Terbaik !!!
2 comments:
Apakah yang terdapat di dalam zenith ini sehingga boleh mengurangkan 60% kandungan tar dan nikotin
X tau la apa ada,tapi saya rasa sistem penapisan nya.apapun skrg ni harga diaRM4-RM5 Dekat S11
Post a Comment