Tuesday, August 14, 2012

Luka Itu Masih Berdarah


The pain was excruciating. I wanted to die. And yet, deep down inside, I had already known the truth. I’d just refused to face it.

The truth can hurt. It can cut deep, slicing our strength into shreds and threatening to chop our hearts into little bits. Even though we might not realize it, this is when we are able to really breathe. Even if we don’t like the truth, it still will set us free…free to move on. Denial is bondage. We can’t move forward if we’re stuck in “where we wish we were.” We need to acknowledge fully where we are and then move past it. Accept the pain as the attention getter it is. Let it burn going down, removing anything that impairs our vision from seeing the situation as God sees it. Although it hurts, it’s a “good” hurt because it is helping us grow and embrace change.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sekiranya anda berada di situasi seperti di atas, anda bukan keseorangan.  Sebenarnya di dunia ini, ramai orang yang terpaksa berdepan dengan situasi yang sukar dalam hidup mereka.  Tiada seorangpun dari kita yang merancang untuk berpisah selepas bertahun-tahun mendirikan mahligai bahagia. 

Mungkin anda rasa hidup anda lengkap dengan cahaya mata yang comel-comel belaka.  Mungkin anda rasa kasih sayang yang anda dambakan, cukup membahagiakan pasangan anda.  Mungkin anda rasa keindahan dan kenikmatan rumahtangga yang anda bina berkekalan hingga ke akhir hayat.  Mungkin anda rasa anda orang paling bertuah memiliki keluarga yang bahagia.

Namun bagaimana reaksi anda bila mendapati pasangan anda, terlupa janji yang pernah suatu masa diluahkan.  Bahawa akan hanya mencintai anda selamanya.  Bahawa andalah segala-galanya untuknya.  Bagaimana perasaan anda bila mengetahui dia sedang bermain cinta, merancang untuk bernikah lain? Anda rasa dikhianati, anda menangis semalaman.  Di kala itu, dia sedang asyik bermain cinta, bergelut dengan permainan cinta barunya. Lebih dasyat dari cinta kaum remaja.  Ayuh nangislah sepuas-puas hati anda.  Dia tidak akan kesian pada anda.  Sebabnya anda sudah pun mengetahui rahsianya.  Dia sudahpun menikah dan anda mengetahui detik itu.  Tangisan anda tiada ertinya.  Hancur luluh hati anda. Sampai hati, dia berbuat demikian. Anda dipaksa menerima situasi demikian. 

Samada anda teruskan lakonan dan turut sama dalam permainannya atau anda berundur diri? 

Itulah persoalan anda sekarang.



No comments: