Pengeluaran KWSP: Cuepacs Usul Pekerja Diberi Pilihan
Jumaat Julai 20, 2012
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja
Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar pekerja diberi pilihan
untuk mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada umur 55
atau 60 tahun.
Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng
berkata cadangan itu susulan maklum balas daripada kumpulan pelaksana yang
tidak bersetuju pengeluaran caruman KWSP hanya pada umur 60 tahun.
"Kita perlu melihat tiga
kategori pekerja iaitu berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah. Biasanya
pekerja berpendapatan sederhana dan rendah amat memerlukan wang untuk
menyelesaikan hutang dan pinjaman sebelum bersara. Ada yang menggunakan wang
persaraan untuk pendidikan anak-anak," katanya dalam satu kenyataan, di
sini, Jumaat.
Sehubungan itu katanya isu tersebut
mesti diteliti terlebih dahulu sebelum dilaksana.
Isu pengeluaran KWSP pada usia 60
tahun itu timbul susulan pembentangan Rang Undang-undang Persaraan Minimum 2012
untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada bulan lepas, yang menetapkan
umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan kepada 60 tahun, berkuat
kuasa Januari tahun depan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr
S. Subramaniam dilapor berkata kerajaan belum membuat keputusan berhubung had
umur pengeluaran caruman KWSP.
Pada ketika ini caruman KWSP boleh
dikeluarkan apabila pencarum mencapai usia 55 tahun. -BERNAMA
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keratan Akhbar STAR - 30 Julai 2012 |
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selasa Ogos 14, 2012
KWSP Pinda Akta
Bolehkan Pengeluaran Simpanan Di Usia 60 Tahun
PUTRAJAYA: Bermula tahun depan, pekerja sektor swasta yang bekerja
sehingga umur persaraan yang dilanjutkan sehingga 60 tahun mempunyai pilihan
untuk mengeluarkan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada
usia yang sama.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata
satu pindaan kepada Akta KWSP 1991 akan dilakukan untuk memudahkan peraturan
ini.
Menerusi pindaan itu, KWSP juga akan memaksa mana-mana pekerja
yang bekerja sehingga umur 60 tahun untuk terus menyumbang kepada simpanan KWSP
mereka sepanjang tempoh mereka berkhidmat.
Pindaan itu adalah sejajar dengan pindaan Rang Undang-Undang
Umur Persaraan Minimum 2012 bagi sektor swasta yang diluluskan di Parlimen Jun
lalu.
Rang Undang-Undang menetapkan bahawa umur persaraan minimum
dalam sektor swasta akan dinaikkan dari 55 hingga 60 tahun.
"Selepas perbincangan dengan kementerian, KWSP memutuskan
bahawa 30 peratus wang simpanan boleh dikeluarkan pada umur 50 tahun dan
selebihnya ketika berusia 55 tahun.
"Tetapi bagi mereka yang tidak mengeluarkan simpanan pada
umur 55 tahun boleh membuat pengeluaran penuh pada usia 60 tahun," katanya
selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan di
kementerian itu di sini pada Selasa.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isu berhubung dengan umur pengeluaran KWSP timbul selaras dengan
kenaikan umur persaraan yang diumumkan oleh kerajaan.
Mengikut
Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 yang diluluskan Parlimen
baru-baru ini, umur persaraan wajib bagi pekerja sektor swasta dinaikkan kepada
60 tahun dan seseorang majikan tidak boleh memaksa pekerjanya bersara sebelum
dia mencapai usia persaraan minimum.
Sememangnya pencarum /pekerja di beri pilihan untuk mengeluarkan
wang mereka dalam KWSP pada umur 55 atau 60 tahun walaupun had persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.
Bagi mereka yang bekerja selama bertahun-tahun, tentu sudah ada
rancangan untuk mengeluarkannya apabila tiba waktunya.
Bagi golongan berpendapat tinggi, wang simpanan ini merupakan
suatu bonus untuk mereka. Ini adalah
kerana simpanan tentunya banyak kerana gaji mereka banyak. Mereka ini tidaklah terlalu mengharapkan wang
simpanan tersebut semata-mata kerana mampu dengan sumber kewangan yang ada.
Bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah, wang
terkumpul bukanlah sebegitu banyak dibandingkan mereka yang berpendapatan
tinggi. Golongan ini lebih memerlukan
wang untuk melunaskan segala pinjaman dan sebagainya.
Sebelum mencecah usia 50, pengeluaran dikeluarkan untuk pembiayaan
pembelian rumah dan seterusnya mengurangkan pinjaman dari bank. Ada yang mengeluarkannya untuk pendidikan
anak-anak.
Jadi memanglah wajar pada usia 50 tahun, pencarum dibenarkan
mengeluarkan sebahagian simpanan seperti garispanduan dahulu. Wang ini boleh digunakan untuk menjelaskan
hutang pembiayaan pembelian rumah atau kegunaan lain.
Pencarum sudah tentu ingin merasai hasil titik peluh mereka selama
ini. Mungkin ada yang ingin melancung
dan memanjakan diri. Selebihnya untuk
kegunaan di hari tua. Bila usia mencapai
55, pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan semua wang simpanannya. Ini adalah wang mereka, semestinya mereka
diberi kebebasan untuk berbuat demikian.
Pandai-pandailah empunya badan, membelanja atau menggunakan wang mereka.
Sekiranya badan masih sihat dan mampu bekerja selepas 55 tahun, pekerja
masih mencarum dan simpanan masih dapat dikumpul dalam KWSP. Sekurang-kurangnya pekerja dapat menikmati
hasil simpanan mereka.
Bagi diri saya, memang sudah ditetapkan sasaran untuk mengeluarkan
sebahagian wang simpanan dalam beberapa tahun yang akan datang. Waktu begitu pantas dan penantian itu, saya
kira tidak lama sekiranya saya dapat berbuat demikian pada usia 50 dan selebihnya pada 55. Penamaan telah saya buat, begitu juga dengan
wasiat agar wang simpanan ini dibahagi rata dikalangan anak-anak saya kelak
sekiranya saya meninggal.
No comments:
Post a Comment