Sembang-sembang dengan anak-anak, tiba-tiba topik ini keluar.
Kisahnya begini, baru-baru ini anak-anak saya keluar makan
bersama. Saya tidak turut serta kerana
kurang sihat.
Seperti biasa, sebelum makanan sampai, mereka bertiga akan bermain
dengan telefon bimbit. Tahu-tahulah anak
zaman sekarang. Sudah menjadi kebiasaan
kalau melihat anak-anak asyik dengan telefon bimbit ataupun Ipad. Kalau saya ada bersama, tentu saya akan
mengingatkan mereka untuk simpan telefon bimbit atau peralatan lain. Restoran yang mereka kunjungi merupakan
restoran milik teman saya.
Selepas habis makan, mereka bertiga berlalu tanpa menyedari bahawa
telefon bimbit salah seorang dah tertinggal.
Bila separuh perjalanan pulang kerumah, barulah anak saya menyedari
telefon bimbitnya dah tertinggal, lalu kembali ke restoran bertanyakannya. Anak-anak saya pasti bila mereka berlalu,
salah seorang pelayan (pekerja asing) terus membersihkan meja itu. Bila penyelia bertanya, terus jawabnya tak
jumpa pun. Namun dia tidak berani
pandang ke muka anak-anak saya.
Kata anak sulung saya, bila menyedari kehilangan telefon itu, terus
disuruh adiknya menelefon nombor telefon bimbit yang tertinggal itu. Katanya lagi, sekiranya orang yang jumpa telefon
itu jawab bererti peluang masih ada dan tinggi.
Jadi dia pun telefon namun telefon bimbitnya telah dimatikan. Jadi sebelum sampai balik kerestoran itu,
mereka dah rasa peluang untuk dapat balik adalah tipis.
Anak sulung saya sudah 2 kali menjumpai telefon bimbit dan
mengembalikannya kepada empunya yang sah.
Katanya karma hidup, bayangkan kalau kita yang kehilangan barangan itu,
tentu kita susah hati. Begitu jua
sekiranya orang lain yang hilang.
Pernah kawan KLnya datang membeli belah disini. Mencuba baju dan langsung tertinggal t/b di
kedai pakaian.
Bila keluar dan menyedari kehilangannya, terus menggunakan t/b kawannya
untuk dial nombor t/bnya, sayup-sayup kedengaran bunyi di sebalik bilik dalam
kedai pakaian itu. Bila bertanyakan pada
jurujual di situ, mereka buat-buat tak tahu.
Bila sms suruh kembalikan, orang yang terjumpa itu jawab ha.ha. sori..
Kesimpulannya, lain kali bila anda terjumpa barang berharga, kalau hati anda
tergerak untuk kembalikan, buatlah demikian.
Kiranya anda ragu-ragu dan mula memikirkan nilai barangan tersebut, maka
kejujuran anda akan tergugat.
Ada orang yang hendak senangkan hati, terus katakan pada diri..
terjumpa. Namun kalau anda punya
kesempatan untuk mengembalikannya tetapi tidak berbuat demikian.. jujurkah anda
pada diri anda?
Sentiasa tabik pada mereka yang jujur.
Sentiasa ingatkan pada anak-anak, setiap kali bangun dari meja tidak kira di restoran atau mana-mana, sebelum melangkah pergi, palingkan muka dan lihat ke arah meja dan kerusi itu. Jadi kalau tertinggal apa-apa sempat mengambilnya semula.
No comments:
Post a Comment