Esok
cuti umum sempana hari Kemerdekaan Malaysia ke 55. Bererti bagi anda yang dilahirkan pada tarikh
yang sama 55 tahun dahulu, anda juga akan menyambut Hari Lahir yang ke 55. Bertuah anda kerana anda dapat cuti untuk
meraikannya.
Anda
bakal pencen pada usia 55 tahun atau anda mempunyai pilihan untuk meneruskan
pekerjaan anda sehingga ke umur 60. Kalau anda berkeluarga, tentu anak-anak
anda dah dewasa dan ada diantara anda yang sedang bermain dengan cucu.
Cuba
anda imbas kembali kehidupan anda.
Adakah anda berpuas hati dengannya?
Bagaimana dengan tanahair anda, Malaysia? Adakah anda cintakan Negara anda?
Saya
berpendapat kehidupan kita, ditentukan oleh diri kita sendiri. Saya tabik kepada mereka yang Berjaya yang
asalnya dari keluarga yang serba kurang.
Mereka ini tidak menjadikan kemiskinan dan kekurangan sebagai alasan
untuk tidak Berjaya. Malahan mereka
menjadikan ianya satu alasan untuk Berjaya, keluar dari belenggu kemiskinan
yang dilalui mereka sebelumnya.
Ada
yang tidak berpelajaran tinggi, namun Berjaya.
Asalkan rajin bekerja, mereka ini bertungkus lumus untuk mencari rezeki
halal di tanah air tercinta. Bagi saya
Malaysia adalah lubuk emas, kalau tidak masakan pendatang asing ( tanpa izin
atau dengan izin ) membanjiri Malaysia.
Cuma rakyat Malaysia yang malas dan buta yang tidak dapat melihat
keberkatan dan kekayaan bumi Malaysia ini.
Di
Malaysia, anda dapat melihat pelbagai bangsa dan keturunan bergaul sesama
sendiri. Menghormati budaya, agama dan fahaman
masing-masing. Zaman kanak-kanak saya
dilimpahi dengan semangat demikian.
Orang-orang politik dahulu ikhlas dalam perjuangan mereka serta bersusah payah cuba untuk menyatupadukan
rakyat berbilang kaum dan kita nampak hasilnya.
Sehingga kini, rakyat hidup aman harmoni.
Namun
orang-orang politik sekarang suka bermain dengan sentimen kaum. Melahirkan ketidakpuasan dan kebencian antara
kaum, memporak-perandakan keharmonian yang terbina sekian lama demi untuk
memenangi perlumbaan politik mereka.
Peduli apa pada keamanan, asalkan hajat mereka tercapai, poket mereka
penuh. Yang menerima akibatnya adalah
rakyat.
Orang-orang
dulu ( warga emas ) amat menghargai suasana keharmonian antara kaum di
Malaysia. Ini adalah kerana mereka telah
melalui zaman keperitan dan mengerti pengorbanan bapa-bapa pengasas negara dahulu
yang bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan dan seterusnya menyatupadukan
kaum.
Kalau
kita asyik merungut dan menyalahkan orang lain, bagaimana kita hendak mengubah
nasib diri. Asyik berpeluk tubuh dan
menyalahkan kerajaan tidak membantu, itukah caranya?
Sepatutnya
kita menanamkan sifat bersyukur kepada anak-anak kita. Kerana mereka hidup di zaman yang lebih maju
dan mewah dibandingkan zaman dulu. Kita
perlu menyerapkan sifat-sifat murni agar mereka mencintai tanah air mereka. Mereka adalah penyambung tradisi agar
pengorbanan mereka yang menyatupadukan rakyat Malaysia dan perjuangan untuk
mendapatkan kemerdekaan tidak sia-sia.
Bak
kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemerdekaan Negara akan terus
utuh atas teras permuafakatan antara semua pihak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syukur
saya Anak Malaysia ! Selamat Menyambut
UlangTahun Kemerdekaan Ke 55. Dirgahayu Malaysia !
No comments:
Post a Comment