Budak mati ditindih
disemadikan hari ini
Difahamkan, mayat mangsa dibawa dari HSJ ke tempat pembakaran mayat di Berapit, jam 10 pagi.
Dalam pada itu, ibu bapa kanak-kanak yang terbabit dalam upacara ritual itu tidak dapat menerima kenyataan anak tunggal kesayangan mereka sudah meninggal dunia.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan, insiden Chua yang maut berikutan sesak nafas selepas ditindih lapan orang dewasa dalam kejadian di Taman Bukit Minyak, di sini.
BUKIT MERTAJAM: Mayat kanak-kanak perempuan berusia
dua tahun setengah yang maut selepas ditindih tujuh ahli keluarganya serta
seorang pembantu rumah warga Indonesia, Chua Wan Xuen, dijangka disemadikan
hari ini.
Mayat kanak-kanak yang ditempatkan buat sementara
di Unit Forensik, Hospital Seberang Jaya (HSJ) sejak Ahad lalu, dijangka
dituntut bapa saudara memandangkan ibu dan bapanya berada dalam tahanan reman
bagi membantu siasatan polis berkaitan kejadian berkenaan.
Difahamkan, mayat mangsa dibawa dari HSJ ke tempat pembakaran mayat di Berapit, jam 10 pagi.
Upacara persemadian kanak-kanak itu ditangguhkan
semalam dan hanya dilakukan hari ini atas permintaan saudara-mara terdekat.
Dalam pada itu, ibu bapa kanak-kanak yang terbabit dalam upacara ritual itu tidak dapat menerima kenyataan anak tunggal kesayangan mereka sudah meninggal dunia.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan, insiden Chua yang maut berikutan sesak nafas selepas ditindih lapan orang dewasa dalam kejadian di Taman Bukit Minyak, di sini.
Ahli keluarga yang menindih mangsa ialah ibu, bapa, nenek, ibu dan
bapa saudara serta dua sepupunya.
Serba sedikit kisahnya :-
Kanak-kanak malang berusia 2 tahun 9 bulan, mati akibat lemas ditindih oleh
7 dalam sekeluarga dan pembantu Indonesia mereka. Dipercayai mereka ini terlibat dalam upacara
keagamaan untuk menghalang roh yang ingin ‘mengambil’ kanak-kanak itu.
Kanak-kanak itu yang dibalut dengan selimut, dijumpai terbaring dengan muka
ke bawah ditindih oleh ibu bapa, nenek, pakcik, makcik, 2 sepupu dan pembantu
rumah.
Kononnya seorang dari mereka terlihat ada roh yang ingin menyambar
kanak-kanak itu, lantas mereka berbuat demikian untuk melindunginya.
Mereka dipercayai dari kumpulan keagamaan berpengkalan di Taiwan Di Cang Chan Si yang berdaftar dengan Malaysian Buddhist Association
(MBA), ditahan dan disiasat selanjutnya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berita yang
terpampang di akhbar, saya baca dengan penuh tandatanya. Marah dan muak rasanya. Apakah orang-orang dewasa berkaitan iaitu
saudara mara kanak-kanak malang itu dah naik gila? Secara logiknya kanak-kanak sekecil itu
ditindih oleh 7 orang dewasa , dah tentu tahu akibatnya. Jangan kata kanak-kanak, kalau orang dewasa
dihempap sebegini pun, maut jawabnya.
Nak halang roh mengambil kanak-kanak itu konon tapi hakikatnya nyawanya
melayang kerana perbuatan mereka.
Tentunya selepas ini mereka akan menyalahkan roh jahat yang kononnya berjaya
mengambil nyawa kanak-kanak tersebut.
Dunia kerohanian
penuh mistik, dalam semua ajaran Agama memang ada menyatakan wujudnya roh
jahat, syaitan yang sentiasa menggangu kehidupan manusia. Apabila keadaan menjadi tidak terkawal,
seharusnya kita manusia berakal kembali kepada ajaran Agama dan berpegang
kepada kitab masing-masing.
Sekiranya kita
terlalu taksub dan percaya kepada bomoh atau seseorang, maka kita akan terus
terpesong dari pegangan kita.
Saban hari kita
terbaca bagaimana seseorang ditipu oleh bomoh yang kononnya mempunyai kuasa
ajaib menyembuhkan segala penyakit, mempunyai ilmu untuk membuat seseorang
menyayangi kita dan sebagainya. Ada yang sanggup berbelanja besar, ada yang
sanggup si isteri atau anak tidur dengan ‘bomoh’ itu semata-mata menghilangkan
sial diri.
Sememangnya kita
digalakkan berusaha, kalau perubatan moden sudah dicuba, tidak salah mencuba
perubatan lama iaitu ‘bomoh’ atau pawang.
Namun kita seharusnya mengariskan suatu had kepada kepercayaan
kita. Tiada yang lebih berkuasa dari
yang Esa. Gunakan logik dan akal fikiran
kita, nescaya kita akan membuat keputusan yang betul , kadangkala menjadi
penentuan antara hidup dan mati.
No comments:
Post a Comment