Friday, September 2, 2011

Ambulans ~ berhati-hati dijalanraya.

Bila anda memandu, tiba-tiba terdengar bunyi siren ambulans, apa reaksi pertama anda?

Saya akan melihat ke arah bertentangan jalan dan cermin belakang kereta untuk memastikan arah ambulans itu.

Sebagai pemandu berhemah, tentunya saya akan cuba ketepi untuk memberi laluan kepada ambulans itu. Kekadang kelam-kabut dibuatnya apabila melihat ambulans menuju ke arah kita dengan laju sekali.

Apalagi bila trafik sesak. Pemandu-pemandu kenderaan lain juga akan turut bergerak ke tepi bagi membenarkan ambulans sampai ke destinasi dengan secepat mungkin.

Sejak kebelakangan ini, terlalu kerap kita membaca di akhbar tentang kemalangan yang melibatkan ambulans. Malang sekali, kemalangan tersebut membawa maut bukan sahaja kepada pesakit yang dibawa, malahan orang yang mengiringi pesakit iaitu doktor, jururawat, pembantu perubatan dan saudara mara pesakit. Meskipun kita tahu bahawa nyawa pesakit adalah genting dan setiap saat menjadi penentu antara hidup dan mati, pemandu ambulans perlu prihatin bahawa kelalaian mereka merbahayakan keselamatan pengguna-pengguna jalanraya lain. Niat ingin menyelamatkan nyawa seorang, mengakibatkan lebih banyak yang terkorban dengan pemanduan yang agresif dan laju.

Selalunya saya mendapati ada pemandu kenderaan lain yang mengambil kesempatan dengan membawa laju dibelakang ambulans disebabkan kenderaan lain memberi laluan. Ah, begitu sikap setengah pemandu yang mengambil kesempatan, apalagi bila jalan sesak.

Berapa agaknya had laju bagi ambulans???



Kepada pemandu-pemandu ambulans, sila memandu dengan penuh konsentrasi dan berhati-hati.

Begitu juga dengan pemandu-pemandu kenderaan lain di musim raya ini.
Biar lambat asal selamat

No comments: