Thursday, October 20, 2011

10 tips untuk Gembira

Kehidupan ini adalah unik.  Kita mempunyai 83,000 saat sehari dan kita boleh pilih untuk rasa gembira, sedih dan menderita.  Saya pilih untuk bergembira dan berbahagia.  Disini diperturunkan sedikit tip yang dapat mendatangkan kegembiraan di dalam hidup seharian anda :-

1. Mainkan Musik
Dengar lagu yang membuat anda ketawa dan gembira

2. Ketawa Kuat
Jangan pendam. Ketawa sekuat hati dan luahkan perasaan riang anda

3. Bermain dengan kanak-kanak
Geletek mereka, main sembunyi dan mencari ~ bermain bersama kanak-kanak akan mendatangkan kegembiraan. Sekiranya anda tidak mempunyai anak-anak, bermain dengan anak orang lain.

4. Memeluk binatang peliharaan kesayangan
Binatang kesayangan memberi anda kasih sayang yang tidak terbatas dan akan selalu kembali kepada anda untuk bermanja.

5. Bantu orang lain
Apabila anda merasa sedih, perkara terbaik anda lakukan adalah dengan membantu orang lain

6. Buat kerja amal dan kerja komuniti
Kita akan mendapat kepuasan apabila dapat membantu orang yang memerlukan.

7. Kecapi Keindahan Bunga
Beli bunga-bungaan untuk diri anda dan nikmati wangian dan keindahannya. Lagi bagus kalau anda boleh tanam sendiri.

8. Nyalakan lilin wangi.
Bau wangian akan mengalihkan mood dan menceriakan anda.

9. Meditasi
Hapuskan pemikiran negatif dan gantikannya dengan ketenangan dan ketenteraman.

10. Tonton wayang atau DVD
Pastikan wayang atau DVD yang ditonton adalah cerita lawak dan lucu yang akan membuat anda ketawa terbahak-bahak.

Sekiranya anda rasa murung, lawan perasaan itu dan pilih untuk bergembira.  Bercampur gaul dengan orang yang berfikiran positif dan yang bergembira menikmati kehidupan ini.




No comments: