Tuesday, October 4, 2011

Ardour SPA, Penang ~ Review

Pembelian kupon dari website-website terkenal  dengan harga yang menarik membuka peluang kepada saya untuk meneroka salon SPA yang terdapat di Pulau Pinang.

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang ~ setiap peluang, saya tidak lepaskan apalagi salon spa yang menawarkan pakej percubaan dengan harga yang rendah .  Saya dapat membandingkan pakej-pakej ditawarkan, harga, lokasi, suasana dan pastinya layanan di antara salon-salon SPA yang saya kunjungi.
Kali ini saya berpeluang mengunjungi Ardour SPA.  Pakej yang ditawarkan adalah :-
[50% Off] 2-hr Full Body Spa Package: Traditional Balinese Full Body Massage + Full Body Scrub with Body Wrap + Traditional Herbal Bath for RM75 instead of RM150. VIP rooms with attached Jacuzzi. For Men / Women
Ardour SPA terletak berhampiran dengan Kelab Renang Cina, Pulau Pinang.  Lokasinya sebaris , dan selang satu rumah dari Hotel Naza Talyya, Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Saya disambut mesra oleh salah seorang pemilik salon SPA. Saya dimaklumkan bahawa salon ini telahpun beroperasi  sejak 7 tahun yang lalu.  Sebelum ini, bisness bertumpu pada pelancong luar negara khususnya Jepun, namun sejak Tsunami melanda, pelancong Jepun agak berkurangan.  Justeru itu, pemilik mengalihkan bizness kepada orang tempatan, dengan harga yang lebih rendah.
Wow, secara peribadi saya sukakan suasana SPA ini, saat melangkah masuk, saya mula tertawan.. Hiasan dalaman, haruman mawar menusuk kalbu , alunan music serta cahaya yang menarik, pemilik berjaya mengarapkan elemen-eleman yang memberi anda suatu perasaan relaks.


Melangkah masuk untuk memulakan sessi urutan, saya terpegun dengan idea kreatif yang dihasilkan.  Tab mandi persendirian berada diluar bersambung dengan bilik mengurut. 
Rekabentuk lanskap yang bijak menggabungkan keunikan alamsemulajadi, dilengkapi tumbuh-tumbuhan menghijau dan aliran air ke dalam kolam dan tab mandi di satu sudut, menggambarkan suatu pengalaman SPA yang mewah dan  begitu mengasyikkan.



Sessi dimulakan dengan urutan seluruh badan. Segenap urat dan otot tubuh yang tegang terasa 'terungkai'   Diikuti dengan lulur beras, diulangi menggunakan lulur sengkuang. Akhir sekali, mandi herba.  Ketika berendam dalam tab mandian dengan air herba, hujan turun dan saya relaks sambil menikmati titisan air hujan membasahi  pokok/tumbuhan.  Minuman herba panas melengkapkan sessi ini.

Saya melangkah keluar, segar dan puas, bersedia untuk mengharungi hari-hari kerja yang bakal memenatkan..
Bagi anda yang berminat, sila kunjungi :-
Ardour Spa
********************
515-B, Jalan Hashim,
10470 Tanjung Tokong
Penang, Malaysia
Tel : +604-899 6515
Mobile : +6016- 411 2211

www.ardourspa.com
ardourspa.blogspot.com


* Catatan : Saya menerima email dari pemilik, mengucapkan terima kasih dan ingin mendapatkan maklumbalas saya tentang perkhidmatan mereka.  Inilah cara bizness yang betul.
Membuat pelanggan anda rasa dihargai.











No comments: