Thursday, October 6, 2011

TIPS UNTUK LUTUT SIHAT


Cara mudah menjaga lutut anda

Mudah saja, apa yang anda perlukan adalah 10 minit dari  masa harian anda untuk menjaga kesihatan lutut anda.
Apabila anda mencapai sesuatu umur, adalah biasa untuk anda merasai kesakitan, kurang fleksibel dan kadang kala bunyi ‘retak’ di lutut.

Sebenarnya, masalah mula timbul bila anda menyedari tentang ‘kewujudan’ bahagian tertentu badan anda. (bila anda mula rasa sakitlah). Malangnya, ini bukanlah kebetulan.

Anda boleh imbas kembali sewaktu anda muda.  Adakah anda merasai sakit belakang atau sakit di leher?  Adakah anda rasa sakit di bahu dan  siku?  Adakah anda pernah mengalami anggota badan lemah?  Jawapan anda barangkali ‘tidak’

Kenapa anda merasai kesakitan ini.? Mudah saja,  ini adalah kerana aliran darah ( aliran ‘chi’ sepanjang garisan ) di dalam badan anda samada tidak lancar atau tersumbat.  Kesannya adalah sama seperti paip pembetung yang tersumbat disebabkan kurang penyelenggaraan.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk mengekalkan system badan yang sihat bagi aliran darah yang lancar dan aliran ‘chi’.

Untuk mengekalkan lutut yang sihat, apa yang anda perlukan adalah  masa10 minit.


1.     Tepuk atau urut bahagian luar lutut  ( 2 minit )
2.    Tepuk atau urut bahagian dalam lutut  ( 2 minit )
3.    Tepuk atau urut bahagian belakang (cekung) lutut  ( 2 minit )
4.    Tepuk atau urut tempurung lutut  ( 2 minit )
5.    Berlutut untuk ‘jalan’ menggunakan lutut anda ( 2 minit )

Lihat diagram .    Bulatan merah adalah titik akupuntur berkaitan.

Perhatian :-
Mesti dipraktikkan setiap hari, lakukan sebelum sebarang senaman.  Sekiranya anda tidak dapat ‘jalan’ dengan lutut, cuma tepuk dan urut bahagian belakang lutut sebagai ganti.  Orang tua tidak digalakan berlari,  sebaliknya jalan dengan cepat.  Berlari boleh menyakitkan lagi lutut.  Sekiranya anda memanjat bukit, pastikan beban badan adalah atas tapak kaki  dan bukannya jari kaki kerana ianya akan membawa kepada kecederaan lutut anda.


## Catatan :  Artikel ini menarik perhatian saya disebabkan saya mendapati ramai warga emas yang sakit lutut kronik.  Kakak ipar dan makcik saya pun menghidapinya.  Saya pun dah mula merasai kesakitan di lutut kanan bila buat senaman aerobik.

Bagi anda yang mempunyai saudara yang sakit lutut, kongsi  pengetahuan dan suruh mereka untuk mencuba. Tidak rugi apa-apa pun
Kalau kesakitan dapat berkurangan pun dah kira bagus.

Bagi anda yang masih muda, amalkan ~ jangan tunggu sehingga muncul kesakitan.
Insya Allah!


No comments: