Faedah Buah Lemon
- Sebiji lemon memberi anda 64% dari keperluan harianVitamin C yang disyorkan.
- Jus lemon yang direnjis ke buah apel, pisang dan avocado akan menghalang buah-buahan tersebut dari menjadi perang.
- Jus lemon adalah sangat asidik, ianya dapat membunuh kuman.
- Aroma lemon yang kuat adalah penyahbau semulajadi, khususnya digunakan sebagai pembersih. Buang sedikit lemon yang telah digunakan di dalam tong sampah dari semasa ke semasa untuk bau yang lebih segar.
- Panaskan sedikit kepingan lemon in dalam periuk untuk menghilangkan bau masakan di dalam bekas periuk.
- Campuran jus lemon dan baking soda dapat menanggalkan kesan di dalam bekas plastik menyimpan makanan.
- Campuran jus lemon dan teh hijau menghasilkan campuran antioxidant yang kuat, lebih kuat dari jika digunakan berasingan.
- Perubatan tradisional seluruh dunia selalu mengesyorkan jus lemon dan air panas sebagai bantuan untuk penghadaman dan sembelit.
- Minum air dicampurkan jus lemon pada siang hari untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan selera makan.
- Bagi mendapatkan rambut yang bersinar, disyorkan membilas dengan lemon. Selain dari itu ia juga dapat mengatasi masalah kelemumur.
- Jus lemon yang dicampurkan dengan garam ( 1 bahagian jus lemon dengan 2 bahagian garam ) dapat digunakan untuk menanggalkan kesan karat.
No comments:
Post a Comment