Pernahkah anda berdepan dan berbual dengan teman atau orang yang mulutnya berbau kuat?? Bagaimana anda hendak memberitahunya tanpa menyinggung perasaannya??
Suatu persoalan yang sukar anda dapat jawapannya, bukan?? Masalahnya anda terpaksa berdepan dengan bau yang tidak menyenangkan dan menggangu kehidupan anda.
Rasanya masalah bau mulut busuk merupakan masalah sejagat dan kekadang ia amat memalukan dan merendahkan keyakinan penghidapnya.
Bayangkan kalau anda ditegur oleh seseorang kerana mulut anda berbau! Kalau anda salah seorang yang mengalami masalah ini, terdapat banyak cara untuk mengatasinya.
Untuk mengatasi masalah bau mulut, perkara pokok adalah untuk mengetahui puncanya dan menandanganinya dari akar umbi.
Berikut adalah tip-tip berguna yang boleh dipraktikkan untuk menghilangkan atau setidak-tidaknya mengurangkan bau tersebut.
1. Mengekalkan kebersihan mulut.
Saki baki makanan di dalam mulut dihancurkan oleh bakteria yang akan menyebabkan bau busuk.
Untuk menghadkan pertumbuhan dan merawat bau busuk, anda harus memberus gigi dan flos setiap
hari. Jangan lupa membersihkan lidah anda juga dengan alatan khas.
2. Minum banyak air
Dengan meminum banyak air, ianya dapat membantu pengeluaran air liur dan membunuh bakteria.
Ini juga dapat menghilangkan bau busuk yang diakibatkan oleh kekeringan di dalam mulut.
( Itulah sebabnya semasa berpuasa, mulut kita berbau. Atau bila kita bangun pagi, mulut kita
berbau ~ ini adalah disebabkan kekurangan air liur dihasilkan sewaktu tidur ).
Minuman oren atau lemon juga dapat menghilangkan bau mulut namun ianya hanya bersifat
sementara sahaja.
3. Kunyah chewing gum tanpa gula
Mengunyah membantu menghasilkan air liur yang lebih di mana enzim dan antiseptik air liur dapat
membunuh kuman. Bau chewing gum juga dapat menghilangkan nafas berbau.
4. Menggunakan Minyak semulajadi
Titik beberapa minyak tea tree atau guna bersama ubat gigi untuk menghalang bau busuk.
Kandungan anti bakteria minyak tersebut dapat membunuh bakteria yang menyebabkan bau busuk.
5. Elakkan makanan, minuman dan tabiat yang menyebabkan mulut berbau.
Kurangkan makanan seperti bawang putih, bawang merah dan rempah ratus yang menyebabkan
mulut berbau.
Elakkan pengambilan kopi dan alkohol yang berlebihan.
Kurangkan atau berhenti menghisap rokok. ( Cuba dekati orang yang kuat merokok atau minum arak,
mulutnya tentu berbau ~ bukan setakat mulut, seluruh badan turut berbau )
6. Kumur menggunakan cecair pembersih mulut.
Kumur menggunakan cecair pembersih mulut seperti Listerine atau pelbagai jenama yang terdapat di
pasaran. Atau cara yang lebih mudah iaitu kumur menggunakan air garam ( Berkumur 30 saat sudah
memadai untuk membunuh bakteria di dalam mulut )
Kumur mulut anda setiap kali selepas makan untuk menghilangkan sisa makanan yang melekat
diantara gigi anda. Untuk penghidap yang agak kronik, berus gigi setiap kali selepas makan !
7. Kunyah daun pasley atau pudina
Kunyah daun pasley, pudina, biji jintan dan kayu manis ( kayu manis ~ cuma hisap sahaja ) juga dapat
membantu mengurangkan masalah mulut berbau.
Mengunyah epal, karot dan saderi juga dapat menanggalkan kekotoran yang melekat di dalam mulut.
8. Merawat sakit tekak dan hidung
Kekadang mulut berbau boleh disebabkan hingus yang tersumbat, sinus dan infeksi di kerongkong.
Ubati masalah ini dan masalah mulut berbau juga turut lenyap.
9. Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Kekadang mulut berbau boleh diakibatkan dari gigi rosak, gusi berdarah, bernanah dan infeksi dalam
mulut. Penghidap mulut berbau busuk yang kronik semestinya berjumpa dengan doktor untuk
mengenalpasti puncanya.
Doktor pakar akan menasihatkan anda cara-cara yang betul untuk mengatasi masalah ini.
Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya !!

2 comments:
hi. tak perlu sampai doc pakar. general dentist or hygienist pon dah boleh..^^
Benar tu, doktor.. tq.
Bukan apa kekadang orang lebih yakin pada yang pakar haha..
Post a Comment