Sunday, October 16, 2011

Sajak buat wanita yang ditinggalkan







Bagi anda yang baru ditinggalkan kekasih atau suami, baca dan selamilah sajak ini.

Di sini saya terjemahkan ke bahasa malaysia agar dapat anda memahami dan menyelami sajak ini.

LupakanNya

Lupakan namaNya
Lupakan wajahNya
Lupakan ciumanNya
Kehangatan pelukanNya
Lupakan cinta yang pernah anda kenal
Ingat Dia sudah mempunyai seseorang yang baru
LupakanNya apabila lagu anda dimainkan
Ingat apabila anda menangis sepanjang malam
Lupakan betapa anda rapat dahulu
Ingat dia sudah memilih si dia (wanita lain)
Lupakan ingatan anda tentang cara jalannya
Lupakan cara Dia berbicara
Lupakan perbualanNya
Ingat Dia telah berlalu pergi
Lupakan ketawaNya Lupakan senyumanNya
Lupakan lesung pipit di daguNya
Lupakan cara Dia memelukmu
Ingat dia bersama si dia malam ini
Lupakan masa yang berlalu begitu pantas
Lupakan cinta yang beralih,  ianya sudah berlalu
Lupakan kataNya takkan meninggalkan anda
Ingat Dia pergi selamanya.


Cetak sajak ini, tampal di dalam diari anda, framekan dan letak ditempat yang anda mudah  lihat dan baca.  Baca berulangkali. Dan terima hakikat bahawa Dia bukan untuk anda. 

* Kesedihan ditinggalkan hanya akan difahami oleh mereka yang pernah mengalaminya. Namun hidup ini penuh misteri.
Para remaja yang ditinggalkan, ingatlah hidup ini masih jauh.  Begitu banyak nikmat kehidupan yang bakal anda kecapi.  Berbual dengan rakan dan keluarga.  Menangis dan luahkan segalanya.  Kemudian teruskan hidup ini.  Anda bakal bertemu insan yang lebih baik.

Kepada kaum wanita yang berpisah/ baru bercerai, anda akan melalui banyak cabaran dalam hidup sebagai ibu tunggal.  Masa akan mengubati kelukaan anda.  Tumpu pada kerjaya dan anak-anak anda.  Semoga anda berjaya mengharunginya.











No comments: