Saturday, October 22, 2011

Urutan Minyak Aromaterapi halia di I Beauty



Mengurut merupakan salah satu seni rawatan penyembuhan tertua : Orang Cina merekodkan penggunaannya 3,000 tahun dahulu; India, Parsi dan Arab menggunakan pelbagai cara urutan untuk pelbagai penyakit; dan Hippocrates mengesyorkan urutan cara tekanan dan geselan untuk masalah sendi dan sistem peredaran dalam badan.


Halia memiliki keistimewaan yang hampir sama dengan peppermint dan chamomile. Halia sering digunakan untuk menghilangkan rasa kembung, sakit perut dan sering disarankan penggunaannya untuk menangani masalah-masalah lain yang berkaitan perut, seperti kejang, gejala mual dan muntah-muntah. Dalam masyarakat Cina, halia banyak digunakan untuk masakan ketika berpantang sejak turun temurun kerana memang terbukti ia dapat memanaskan dalam badan dan  membuang angin.

Bila saya melihat adanya tawaran di Milkadeal, yang menawarkan Kombinasi urutan dengan minyak halia, saya cepat-cepat mendapatkanya kerana saya ingin mencubanya.

'RM28 instead of RM65 for 1 Hour Pure Aroma Ginger Essential Oil Full Body Massage at I Beauty & Slimming Centre, I-Avenue [57% OFF]  


Saya tiba di I Beauty & Slimming Centre untuk menjalani rawatan urutan seperti yang ditawarkan.
Trletak di Ideal Avenue, I Beauty merupakan salon kecantikan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk mencantikkan diri.  Salah satunya termasuk mengurut.

Saya dilayani oleh pekerja genit Cik Azimah yang ramah.  Selama sejam, seluruh badan diurut menggunakan minyak aromaterapi halia yang baunya amat menyenangkan. Tidak terlalu kuat seperti yang kita bayangkan. Urutan bertenaga dan penuh tumpuan, hasilnya berakhir sahaja sessi mengurut, terasa segenap urat dan sendi badan 'longgar' dan segar.  Sensasi dan kepuasan selepas diurut, itu yang membuat saya menjalani rutin ini setiap hujung minggu.

Bagi anda yang ingin berminat, sila kunjungi :-

I Beauty & Slimming Centre

1-2-36, Ideal Avenue, Medan Kampung Relau 1, Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas,
Pulau Pinang 11900
MY
Phone: +604 641 0668 / +6012 472 0668
website

* Those of you who love massage, look out for the best deal at milkadeal or other website that offer various of discount.



  

   

No comments: