1. Ubi Ungu (Purple Potatoes)
Walaupun diet rendah carb tidak lagi popular, namun masih terdapat reputasi buruk ubi sebagai perosak diet. Kajian terbaru dari University of Scranton di Pennsylvania mendapati pelbagai kesimpulan, setidak-tidaknya mengenai kepelbagaian ubi ungu . Satu kajian dibuat terhadap18 orang yang terlebih berat dan sangat gemuk dan yang menghidapi tekanan darah tinggi. Peserta di beri pilihan samada makan enam hingga lapan ubi ungu berukuran saiz golf untuk makan tengahari dan malam, atau kekal dengan diet bebas ubi.
Selepas sebulan, peserta bertukar rutin diet. Peserta yang makan ubi menampakkan kejatuhan penting di dalam tekanan darah tinggi mereka,
Tekanan ‘diastolic’ jatuh purata 4.3 peratus sementara tekanan darah’systolic’ jatuh purata 3.5 peratus.
2. Laici (Lychees)
Buah manis putih ini adalah popular di Asia, tetapi dengan kebaikan kesihatan yang begitu besar, ianya sepatutnya berada di dalam simpanan anda.
Menurut kajian 2006 di dalam the Journal of Nutrition, laici mempunyai peringkat kedua tertinggi ‘heart-healthy polyphenols’ dari 24 jenis buah yang diuji. Ia dikalahkan hanya oleh strawberry, dan kajian menemui bahawa laici mempunyai lebih 15%’ polyphenols’ penghalang penyakit dibandingkan dengan anggur. Menurut ujian test tube dan kajian haiwan dari Universiti Sichuan di China, kekuatan anti oksida laici mungkin juga dapat membantu menghalang cel kanser payudara dari terbentuk.
3. Jambu (Guava)
Makan cuma 1 cawan dari buah Amerika Selatan ini, dan anda akan memperolehi 5 kali Vitamin C seperti buah orange sederhana. (377 mg versus 83 mg). Seperti buah-buahan merah lain, termasuk tomato dan tembikai, jambu mengandungi ‘lycopene’ yang mungkin dapat menghalang penyakit jantung.
‘The Center for Science in the Public Interest’ mengeluarkan lapuran pada June 2011 membandingkan maklumat nutrisi 50 buah-buahan popular. Mereka membariskan buah-buahan tersebut berdasarkan peratusan nutrient-fiber, Vitamin C, potassium, folate, iron, calcium dan antioxidant-packed pigments dikenali sebagai ‘carotenoids’- di dalam setiap hidangan. Jambu mengalahkan epal, pisang dan anggur untuk menjadi buah nombor satu.
4. Bok Choy
Sawi berdaun hijau ini merupakan sayuran nombor satu di China dan dengan hanya secawan sayuran ini dapat menghasilkan 10 kali jumlah Vitamin A yang disyorkan. Dipenuhi dengan anti oksida, tidak hairanlah bahawa beberapa kajian menunjukkan pengambilan tinggi sayuran ‘Brassica’ ( dari keluarga sayuran termasuk kai lan, brokoli dan bok choy ) dapat mengurangkan risiko sesetengah kanser termasuk kanser prostat.
5. Asian Pears
Anda akan mendapat 10g serat, hampir separuh dari jumlah harian yang disyorkan hanya dengan hidangan satu Asian pear yang besar. Jadi apa yang istimewa tentang serat? Serat bukan hanya menurunkan kadar kolesterol, tetapi juga menjadikan anda kenyang lebih lama dan membantu mengawal aras gula dalam darah anda.
## Saya sukakan buah-buahan dan sayuran yang tersebut di atas.
Ubi ungu selalunya saya akan rebus dan makan begitu sahaja. Ianya manis dan sedap.
Laici segar kurang saya makan kerana kekadang ianya bermusim. Laici segar manis dan enak.
Selalunya saya beli laici buah yang di dalam tin untuk dibuat air minuman.
Jambu pula selalunya saya beli dari penjual buah-buahan siap, saya suka makan dengan asam.
Rasanya rangup.
Sayur Bok Choy, saya suka goreng dengan bawang putih dicampur dengan udang. Rasanya
seperti sawi hijau, cumanya ianya lebih rangup.
seperti sawi hijau, cumanya ianya lebih rangup.
Buah Pear, saya memang suka kerana ianya rangup, berair dan manis. Enak dimakan di waktu
santai.
Pemilihan sayur-sayuran dan buah-buahan segar adalah penting kerana kesegaran adalah
faktor yang akan mempengaruhi nutrisi dan keenakkannya.
Sekiranya anda terasa nak makan snek, lebih baik digantikan dengan buah-buahan kerana ianya
lebih berkhasiat dan tidaklah mengemukkan.
1 comment:
Individu yang memakan sayur dan buah-buahan juga mempunyai sifat yang lebih baik. Contohnya pengamal Vegetarian (Kesabaran, Positif, Optimis dsb). Berbanding individu yang mengambil makanan berdarah.
Tahniah kepada saudari. http://angsamassrs2.blogspot.com
Post a Comment