Apa dah jadi, blogku dikunci.
Malam Jumaat lalu, 17.02.2012 sedang saya asyik menulis artikel mengenai penyanyi tersohor Whitney Houston dan lagu sensasinya I will always love u, pada masa yang sama nak muat turun lagu, tetiba keluar skrin untuk pendaftaran nama pengguna. Saya pun mengisi nama dan butir-butir yang dikehendaki. Belum sempat mengisi dan mengubah tahun lahir , tertekan butang hantar, langsung keluar paparan memaklumkan blog goggle dikunci kerana kesilapan tahun lahir ( untuk daftar perlu 13 ). Alahai takkanlah logik kalau lahir tahun 2012 dah boleh blog ?? Apalagi gelabahlah saya. Arahan untuk 'unlock', adalah dengan emailkan pengenalan diri bagi tujuan pengesahan usia kepada goggle. Saya meminta bantuan anak, email salinan lesen memandu dan menunggu blog saya , di 'unlock'.
Bila blog terkunci, saya risau seolah-olah orang yang hilang kunci. Atau terasa seolah-olah diari hidup hilang. Lucu rasanya. Aduhai bila agaknya google nak unlock blog saya??
20.02.2011
Blog masih terkunci, arahan ‘unlock’ juga ditolak.. Baca arahan selanjutnya, saya terpaksa bayar USD1 dan USD 0.30 untuk membuka semula blog ini. Apalagi saya pun bayar melalui kad kredit, dan nah.. dalam beberapa minit, blog saya muncul kembali.. Yahoooooooooo…
Belajar dari kesilapan..** 06.03.2012 - Semak di penyata kad kredit, rupa-rupanya hanya USD 0.30 iaitu 92 sen yang dikenakan.
2 comments:
ada jugak eh kes cmni..baru tahu..
*belajar jugak* ^^
Hi a.s.m.a
untuk makluman anda, hanya usd 0.30 yang dikenakan.
Post a Comment