Friday, February 24, 2012

Tips - Perkahwinan Yang Kekal & Bahagia

Perkahwinan yang berkekalan

Adakah mahligai bahagia yang dibina akan berkekalan? Asas kepada perkongsian yang berkekalan bergantung kepada perkara-perkara penting yang tersenarai dibawah ( seumpamanya sekiranya anda ingin membina bangunan, asas/tapak adalah penting, disamping batu bata, rekabentuk dan eleman lain yang akan menjadikannya kuat dan kukuh)


TARIKAN & PERSEFAHAMAN, HORMAT, KESERONOKAN, KENIKMATAN, PENERIMAAN, KEPERCAYAAN  diantara pasangan merupakan intipati kepada kejayaan sesebuah perkahwinan.  Apabila komponen-komponen tersebut kuat dan berlimpah, maka perkahwinan anda dapat bertahan dan kukuh.  Namun sekiranya komponen –komponen tersebut adalah lemah dan berkurangan, maka perkahwinan anda akan menghadapi masalah, lemah dan rapuh.  Setiap pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan seharusnya sudah benar-benar bersedia.  Alam perkahwinan penuh dengan cabaran dan dugaan, bagai lautan yang bergelora...

1.       Tarikan, keghairahan, cinta asmara dan perasaan yang menghanyutkan anda di kala anda kali pertama jatuh cinta.

 
2.     Hormat – Perasaan hormat membuat anda merasa betapa bagusnya bila berada dengan pasangan anda.  Anda menunjukkan  hormat pada pasangan anda dengan cara mendengarnya berkata-kata.

 
3.     Menikmati perkahwinan anda, berseronokan bersama satu sama lain.  Di kala anda bersama pasangan anda ( atau hanya dengan memikirkannya ), anda berasa tenang, riang dan senyuman tampak diwajah anda.

 
4.    Penerimaan – Apabila wujudnya penerimaan, anda adalah anda.  Anda tidak perlu berpura-pura atau membuktikannya.  Pasangan anda menerima anda seadanya. Apabila penerimaan hilang, anda akan rasa dihakimi dan semua yang anda lakukan tidak betul.

5.     Kepercayaan -  Kepercayaan menjadikannya selamat untuk anda melapangkan dada dan hati anda, untuk meluahkan ketakutan dan impian anda, tanpa perlu risau, ianya akan digunakan untuk menentang atau mengambil kesempatan ke atas diri anda.  Ianya mengambil masa sesaat untuk memusnahkan kepercayaan dan mengambil  masa bertahun-tahun lamanya untuk mengembalikan kepercayaan itu.

 
6.     Persefahaman – Memahami dan difahami oleh pasangan anda.


Sebenarnya tiada rahsia bagaimana sesebuah perkahwinan kekal bahagia.  Tanya sahaja mana-mana pasangan yang benar-benar bahagia bersama, jawapannya pasti – rahsianya perkara-perkara yang tersenarai di atas kekal diamalkan sepanjang perkahwinan mereka.

## Ada pasangan yang kekal bersama namun tidak bahagia.
Hari ini Sabtu 25.02.2012, merupakan perkahwinan anak sulung kawan karib saya, Tengku Iranni sewaktu di sekolah dahulu.  Anak-anaknya seusia dengan anak-anak saya.  Tidak dapat hadir kerana majlis diadakan di Melaka, namun saya doakan semoga perkahwinan anak lelakinya Mohd Afife & Nurul Ziana kekal abadi.


Selamat Pengantin Baru kepada Mohd Afife Shafieq & Nurul Ziana






No comments: