Monday, February 13, 2012

Hari Kasih Sayang - Valentine's Day


14hb Februari, setiap tahun iaitu Hari Valentine selalunya disambut berlebih-lebihan terutamanya pasangan yang hangat bercinta. Para peniaga pula mengambil kesempatan sempena fenomena Hari Valentine ( Hari Kekasih ) untuk melipat gandakan keuntungan mereka.  Lihat sahaja kedai bunga, kedai hadiah dan restoran yang memperolehi keuntungan atas keghairahan pasangan yang dilamun cinta. Pelbagai hadiah antaranya gubahan bunga, beruang comel, bunga ros segar menjadi rebutan. Kalau yang kaya, emas permata menjadi pilihan. Yang sanggup mengeluarkan wang banyak untuk membeli hadiah bagi menambat hati kekasihnya.

Saya lebih suka menggangap 14 Februari sebagai hari kasih sayang. Kasih sayang yang tidak terhad pada pasangan bercinta sahaja namun ianya merangkumi kasih sayang suami isteri, ibu bapa, anak anak, saudara mara, sahabat handai dan seluruh insan di bumi ini.

Jadi tidak timbullah isu haram atau kejatuhan moral yang dibangkitkan oleh setengah pihak.

Sekiranya insan seluruh alam ini, hidup dengan penuh kasih sayang, nescaya dunia ini akan aman, tiada permusuhan, kebencian, pergaduhan dan peperangan.

Kadangkala kita terlupa untuk meluahkan kasih dan menghargai orang yang terdekat dan berkorban untuk kita. Di kala kita kehilangannya baru kita sedari betapa kasih sayang seseorang itu amat bermakna di dalam hidup kita.

Maka saya berharap 14hb Feb setiap tahun, tunjukkan kasih sayang, sekadar ikrar cinta setia, hadiah comel (bukan harga jadi ukuran), lafaz sayang, terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada insan-insan yang membuat hidup kita lebih lengkap dan sempurna.



To my kids, Hilmi, Shaz & Zureen ~Love from Mama.




No comments: